Analisa Teknikal Kaunter LIONIND

Bismillahirrahmanirrahiim

Pada minggu ni saya melihat ada peluang yang sangat baik di dalam kaunter LIONIND ini. Carta harga kaunter ini telah menunjukkan semua petanda bahawa kemungkinan besar harga saham ini akan naik dengan lebih tinggi. Untuk kali ini saya akan membentangkan analisa teknikal kaunter saham LIONIND yang mana mempunyai risk and reward yang cukup baik.

Latar Belakang Syarikat LIONIND

Syarikat Lion Industries Corporation Berhad merupakan syarikat yang aktif di dalam perniagaan besi dan juga bahan binaan. Ia mempunyai dua kilang keluli yang bertempat di negeri Selangor iaitu di Klang dan juga di Banting. Antara peralatan keluli yang dijual adalah seperti wire rod, bar keluli serta barangan logam yang lain berkaintan dengan pembinaan.

Analisa Teknikal Kaunter Saham LIONIND

Pertama, kita akan lihat pada trend. Di timeframe W1, saya melihat uptrend yang intact sedang terjadi. Ini dapat dilihat pada indikator yang mana signal line MACD berada di atas centerline 0. Malah saya juga melihat harga berjaya break upper bollinger band. Keadaan ini menunjukkan bahawa adanya momentum harga yang ingin naik lebih tinggi kerana harga berjaya memecahkan resistance iaitu Upper Bollinger Band.

Kedua di Timeframe D1, saya melihat harga sudahpun berjaya retest kawasan Lower Bollinger Band. Lower Bollinger Band akan bertindak sebagai kawasan support. Seperti mana yang kita tahu, untuk mendapatkan risk and reward yang baik, zon yang paling sesuai adalah dengan membeli sesuatu kaunter pada kawasan Support.

Ketiga, saya juga melihat adanya pembentukan descending triangle yang berlaku selepas uptrend. Ini menunjukkan adalah satu retracement yang sihat selepas kenaikan yang signifikan telah berlaku. Selain itu, pembentukan descending triangle ini disokong dengan kewujudan divergence antara harga carta dan juga indikator MACD. Secara tak langsung ia memberi idea bahawa pattern terkini memberikan peratusan besar harga untuk naik lebih tinggi.

Keempat, signal untuk trading juga telah muncul yang mana terbitnya satu horizontal hijau di dalam indikator MACD, timeframe D1. Ini menunjukkan kemungkinan besar permulaan untuk penyambungan uptrend bakal berlaku dalam tempoh terdekat. Malah kita juga boleh mengesan pembentukan candlestick reversal signal dikawasan support.

Terakhir, volume yang terjadi di dalam harga terkini adalah volume yang signifikan. Volume tersebut berjaya memecahkan average volume 10 days. Volume yang menyokong kehadiran signal menambahkan lagi kebarangkalian untuk harga naik lebih tinggi selepas ini.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada lima faktor diatas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa analisa teknikal kaunter sahma ini bakal memberikan keuntungan yang berbaloi dari segi aktiviti trading. Selain itu, saya ingin menegaskan bahawa artikel ini bukanlah satu buycall, ia hanyalah sebuah pandangan peribadi sahaja. Sila rujuk kepada mereka yang berlesen bagi mendapatkan nasihat pelaburan. Inshaa ALLAH.

Baca lagi : Dua Jenis Keuntungan Dalam Pelaburan

Sumber : Pengalaman sendiri

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →