Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini aku nampak satu setup yang menarik dekat kaunter WASCO. Jadi, aku decide untuk buat satu analisa teknikal kaunter ini. Diharap dengan sedikit idea ni, boleh la korang adjust sedikit kepada teknik korang sendiri. Secara personal, aku nampak WASCO ni memang ada potensi yang baik tapi agak takut gak sebab harga keep bull dalam timeframe weekly, tanpa ada retracement yang signifikan.
Latar Belakang Syarikat
WASCO ataupun nama lamanya WAH SEONG Corporation merupakan syarikat yang memberi fokus kepada perniagaan yang berasaskan tenaga. Syarikat tersebut kini telah berkembang sehingga ke 17 buah negara secara global. Antara komponen perniagaan syarikat ini adalah Bioenergy, Energy Services, dan Industrial Trading Services.
Analisa Teknikal Kaunter WASCO
Seperti biasa, dibawah adalah komponen analisa teknikal kaunter yang akan aku ulas iaitu:
- Trend
- Zon
- Chart Pattern
- Signal
- Volume
Kaunter WASCO menunjukkan satu kenaikan trend yang agak dominan. Ia dapat dilihat dengan penggunaan Bollinger Band yang mana di dalam timeframe Weekly, harga telah berjaya break Upper Bollinger Band. Ini menunjukkan adanya momentum yang kuat sedang menolak harga menjadi lebih tinggi. Seterusnya dengan sokongan daripada signal Line MACD yang berada diatas Centerline, ia menguatkan lagi fakta kekuatan uptrend kaunter ini.
Seterusnya, di dalam timeframe D1, kita dapat lihat bahawa harga kaunter ini telah mula retest kawasan Lower Bollinger Band. Ia secara tidak langsung memberi refleksi bahawa harga berada di kawasan Support. Kawasan Support adalah kawasan yang ideal untuk kita mencari entry kerana disinilah kita dapat meningkatkan lagi probability winning dan juga risk reward ratio yang baik.
Kita juga berjaya mengesan terjadinya hidden divergence di dalam kaunter WASCO. Pergerakan signal line di dalam MACD menunjukkan bottom signal line ini semakin merendah manakala harga di dalam carta menunjukkan kenaikan. Perbezaan antara kedua komponen inilah dinamakan hidden divergence dan ia adalah salah satu pattern yang menunjukkan bahawa akan berlaku kenaikan harga di dalam sesuatu kaunter.
Malah, kita dapat lihat signal entry untuk kaunter ini telah terhasil. Ia dapat dibuktikan yang mana terjadinya pembentukan histogram hijau di dalam indikator MACD. Selain itu terdapat juga candlestick reversal signal yang berlaku disekitar kawasan tersebut berhampiran dengan lower bollinger band.
Walaupun signal telah terhasil, kita tetap perlu untuk melihat faktor volume yang mana ia bakal menguatkan lagi kebarangkalian untuk entry tersebut berjaya. Di dalam kaunter ini, volume semasa berjaya break average volume 10 day. Ia menunjukkan bahawa adanya satu minat belian yang agak berbeza berbanding dengan transaksi jual beli yang normal.
Kesimpulan
Saya telah pun menerangkan tentang analisa teknikal kaunter WASCO. Berdasarkan pemerhatian saya, jika setup ini menjadi, risk reward yang boleh diperolehi mungkin mencapai sehingga RR 1:4. Jika anda merisikokan kerugian sebanyak RM 1,000 maka potensi keuntungan anda akan berada sekitar RM 4,000. Inshaa ALLAH. Semoga ALLAH Taala bantu kita mencari rezeki yang halal. Amiin.
Baca lagi : Apa itu Asset Allocation Strategy
Sumber : Pengalaman sendiri.