Konsep WISE Dalam Pelaburan DIY

Bismillahirrahmanirrahiim

Sekiranya anda ingin mulakan pelaburan, pasti anda akan berasa keliru dan bingung. Terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diberi pertimbangan sebelum membuat keputusan. Dengan adanya konsep WISE, ia sedikit sebanyak boleh bantu anda untuk memulakan halatuju pelaburan anda. Post kali ini akan menerangkan tentang konsep WISE dalam pelaburan DIY anda.

Konsep WISE dalam Pelaburan

WISE adalah akronim kepada W (Work For You), I (Inexpensive to Buy), S (Simple to Execute) dan E (Easy to Understand). Saya akan terangkan satu per satu poin yang diberikan untuk anda lebih memahami bagaimana konsep ini bekerja di dalam dunia pelaburan. Tidak kisah lah anda melabur dalam apa jua insturment, anda tetap boleh mengaplikasikan konsep WISE ini.

Work For You (W) bermaksud cara yang sesuai dan berhasil dengan diri anda. Di dalam dunia pelaburan terdapat banyak teknik yang boleh anda pilih namun persoalannya adakah teknik tersebut sesuai dengan diri anda. Adalah lebih baik untuk anda tahu apa yang anda ingini dalam pelaburan, kemudian barulah anda mencari teknik yang boleh dipadankan dengan objektif anda. Contohnya, anda ingin mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dengan risk yang tinggi, maka cara pelaburan yang terbaik adalah memilih saham saham yang bersifat growth, bukan value.

Inexpensive to Buy lebih merujuk kepada kos dalam pelaburan serta modal yang diperlukan untuk membeli sesuatu saham. Katakan anda hanya mempunyai RM 2,000 dan anda ingin membeli saham saham bluechip yang berharga RM 10 seunit. Anda hanya mampu membeli minima 200 unit ataupun 2 lot sahaja yang mana secara amnya, ia tidak kos efektif. Oleh itu belilah saham yang selayaknya dengan modal anda.

Ketiga adalah SImple to Execute. Anda haruslah mempunyai teknik pelaburan yang mudah untuk dilaksanakan. Tidak guna mempunyai sistem yang complex namun agak sukar untuk melaksanakannya seperti kekangan kepada maklumat maklumat sulit ataupun kesukaran untuk melaksanakan urusan jual beli. Keep it simple and Stupid.

Terakhir adalah Easy to Understand. Dalam erti kata lain anda tahu apa yang anda laburkan. Contohnya jika anda melabur dalam saham, anda akan tahu bahawa anda boleh menjana keuntungan melalui kenaikan harga saham seunit ataupun pengagihan bayaran dividen. Seandainya instrument pelaburan yang anda ingin pilih tidak dapat difahami seperti darimana hasil keuntungan diperolehi, maka sebaiknya jangan libatkan diri anda dalam instrument tersebut.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang konsep WISE dalam pelaburan DIY. Walaupun ianya cukup simple, tapi ia sangat membantu anda dalam membuat keputusan secara logik. Apabila anda sendiri dapat merasakan logiknya pelaburan tersebut, ianya lebih selamat kerana langkah seterusnya untuk memahami pelaburan tersebut akan menjadi lebih mudah dari masa ke semasa. Inshaa ALLAH.

Sumber : Labur Santai

Baca Lagi : Cara Melabur Emas di Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →