Bismillahirrahmanirrahiim
Dalam minggu ini saya melihat satu kaunter yang agak menarik dari sudut pandang teknikal iaitu kaunter KITACON. Kaunter ini baru sahaja di senaraikan di dalam Bursa Malaysia dan antara IPO yang telah membuat kejatuhan pada minggu pertama penyenaraian. Namun, saya dapat lihat ada potensi kenaikan yang bakal berlaku dalam kaunter ini. Mari kita lihat analisa teknikal kaunter KITACON.
Latar Belakang Syarikat
Syarikat KITACON merupakan syarikat yang mempunyai tunjang perniagaan dalam sektor pembinaan. Ini termasuklah pembinaan yang melibatkan residential unit dan juga non residential unit. Contohnya untuk unit residential adalah pembinaan rumah teres, rumah townhouse, rumah Semi D manakala untuk non-residential pula adalah seperti pembinaan rumah-rumah kedai.
Analisa Teknikal Kaunter KITACON

Secara umumnya, trend untuk kaunter KITACON adalah Uptrend. Apabila saya melihat di dalam timeframe Weekly, saya dapati signal line MACD berada diatas Centerline, manakala terdapat candlestick yang berjaya breakout Bollinger Band. Breakout yang terjadi pada Upper Bollinger Band menunjukkan adanya momentum yang kuat menolak harga naik lebih tinggi dan dijangka momemntum itu akan berterusan untuk wave seterusnya.
Kedua, saya melihat di dalam timeframe Daily, harga telah mencecah kawasan Lower Bollinger Band. Line bollinger band ini digunakan sebagai kawasan Support. Sepertimana yang anda tahu, pembelian sesuatu saham dikawasan Support akan memberikan risk reward yang baik dan agak mudah untuk anda mendapatkan R3 seandainya anda beli dikawasan Sup;port.
Seterusnya adalah pattern. Saya melihat adanya pembentukan pattern hidden divergence. Anda bolehl lihat yang mana persilangan di dalam MACD semakin menurun manakala harga di dalam carta semakin menaik. Selain itu saya juga dapat melihat adanya pembentukan Symmetrical Triangle yang terjadi dalam kaunter tersebut.
Keempat saya melihat terdapat banyak signal entry yang telah terjadi. Signal entry yang terjadi adalah apabila wujudnya persilangan golden cross yang berlaku pada indikator MACD pada timeframe D1. Malah kita juga dapat melihat pembentukan Candlestick Compression Signal disepanjang kawasan lower Bollinger Band.
Walaubagaimanapun, saya dari sudut Volume ia amat mendukacitakan. Saya merasakan jumlah volume tidak cukup kuat untuk menolak harga menjadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi bollinger band semakin menguncup. Oleh itu, saya menyarankan agar tunggu sehingga adanya candlestick yang berjaya break Upper Bollinger band dalam timeframe D1 beserta volume yang signifikan.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang analisa teknikal kaunter KITACON. Umumnya, sekiranya setup ini berlaku, saya jangkakan ia boleh memberikan ganjaran sebanyak R5, berdasarkan kepada Fibonacci Extension 1.618. Apa apa pun, risiko adalah tanggunan sendiri dan anda haruslah menggunakan lebihan wang dalam aktiviti trading. Sekian terima kasih.
Sumber : Ilmu dari ALLAH Taala
Baca lagi : Tiga Jangkamasa Matlamat Kewangan