Tiga Jangkamasa Matlamat Kewangan

Bismillahirrahmanirrahiim

Setiap simpanan atau pelaburan yang kita laksanakan pasti akan ada tujuannya bukan? Secara amnya kita menyimpan atau melabur adalah untuk kegunaan kritikal pada masa akan datang. Namun tahukah anda terdapat tiga jangkamasa matlamat kewangan? Apabila anda sedar tentang matlamat kewangan anda, barulah anda boleh tentukan sama ada ingin melabur ataupun menyimpan wang anda.

Tiga Jangkamasa Matlamat Kewangan

Untuk pengetahuan anda, jangkamasa matlamat kewangan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

  1. Jangka Masa Pendek : Contohnya, simpanan dana kecemasan, simpanan untuk perkahwinan, deposit kereta
  2. Jangka Masa Sederhana : Contohnya Deposit Rumah ataupun modal perniagaan
  3. Jangka Masa Panjang : Persaraan, pendidikan untuk anak-anak

Sekarang, cuba anda bayangkan anda bergaji RM 3,000 dan mempunyai matlamat kewangan jangka masa pendek, iaitu anda ingin mencapai jumlah untuk pembayaran deposit kereta sebanyak RM 5,000. Sasaran ini mudah dicapai kurang dari setahun sama ada anda menyimpan secara agresif ataupun melakukan pekerjaan sampingan.

Apabila adanya lebihan wang, maka anda lebih disarankan untuk menyimpan dan tidak menggunakan wang tersebut bagi aktiviti pelaburan berisiko tinggi. Seandainya anda ingin juga melabur, instrument pelaburan yang paling baik adalah pasaran Wang, iaitu Fix Deposit. Pembayaran fix deposit kini lebih flexible iaitu anda boleh pilih tempoh matang paling cepat iaitu satu bulan.

Modal anda tidak berkurang dan anda juga dapat menjana sedikit keuntungan dengan cara tersebut. Apabila simpanan atau pelaburan pasaran wang anda telah mencapai sasaran RM 5,000 tersebut, maka anda boleh lah mengeluarkan duit anda dan membeli kereta yang sudah menjadi pilihan anda bagi kegunaan harian.

Kesimpulan

Pentingnya anda untuk tahu apakah matlamat kewangan anda. Ia akan membantu anda untuk berfikir dengan logik sama ada wang anda ini baik untuk dilaburkan ataupun di simpan sahaja. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk menentukan apakah instrument pelaburan yang bersesuaian untuk anda pilih dalam mencapai matlamat kewangan yang telah anda tetapkan dalam kehidupan anda.

Inshaa ALLAH

Sumber : Labur Santai

Baca lagi : Takaful Sebagai Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →