Ini Trick Otaimer Detect Sideway Pakai Indikator Legend

Bismillahirrahmanirrahim

Sebagai seorang trader dalam pelaburan saham, pasti anda rasa bengang apabila terperangkap dalam sideway yang cukup lama. Nak nak lagi apabila anda terbeli pada kawasan tertinggi ataupun resistance dalam range sideway tersebut. Lebih memerahkan mata anda lagi, lepas anda CL untuk cari kaunter baru, harga kaunter meroket sambil bluwerk kan pada anda. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana indikator boleh mendeteksi sideway dengan pantas.

Definisi Sideway Dalam Market

Sideway merupakan keadaan yang mana market bergerak dalam satu range harga yang tetap. Diceritakan dan diturunkan kepada nubis nubis semua, hampir 70% masa market bergerak dalam keadaan sideway. Jadi, andai anda mempunyai rezeki hidup selama 100 tahun, maka 70 tahun anda harus duduk dalam sideway sambil perhati member member lain update 100% seminggu.

Psikologi Mengapa Market Sideway dan Keperluannya

Seorang Nubis the Bubis pernah berkata, “Perlukah sideway? Kenapa tak trend je? Ish susah la gain popit nak beli Pulau”. Jadi sebagai seorang yang sentiasa diterajang market maka keluarlah ceramah Tahukah Anda. Ok, apa jadi dalam Sideway? Ketika sideway, dikatakan masa itulah waktu paling hebat dan rancak seller dan buyer membeli belah saham.

Kenapa Sideway perlu? Kita gunakan contoh dalam kehidupan kita. Kalau harga minyak naik tiap2 minggu, menangis takde kelopak encik anda nak topup minyak. Tak pasal pasal kereta anda, anda park di Hentian Pudu pastu terus lupakan ia. Sekarang kita lihat pada perspektif market pulak. Sideway ini merupakan harapan kepada mereka yang membeli saham pada harga menuju puncak gemilang cahaya. Kasi can la mereka ada sinyum maaa.

Jadi anda boleh simpulkan, sideway telah membentuk range harga yang dipersetujui antara buyer dan seller untuk membeli sesuatu kaunter pada range tertentu.

Perbezaan antra Flat Market dan Sideway Market

Mesti ada antara anda semua, semasa trade, detect macam dah uptrend tapi tup tup price reverse jatuh macam orang tersungkur terlanggar sendal pintu kayu. Sebenarnya itulah sideway. Anda boleh bezakan antara flat market dan sideway market berdasarkan point berikut :

  1. Flat market mempunyai volume yang menyedihkan. Range harga hi dan low terlalu rapat. Mustahil dapat membentuk trend.
  2. Sideway ada volume dan boleh membentuk trend dalam range sideway itu sendiri. Jadi, ketika anda ingin trade ketika trend di dalam sideway berhati hati dengan paras support dan resistance yang paling dominan

Cara Gunakan Indikator Untuk Mendeteksi Sideway

Sekarang lap lah air mata anda, bangkit rakan trader, saya akan pecahkan lubang rahsia otaimer yang suka makan seorang sambil kunyah jajan. Terdapat tiga jenis indikator yang boleh anda guna untuk deteksi sideway.

  1. Relative Strength Indicator (RSI)
  2. Average Directional Index (ADX)

RSI boleh detek sideway dengan cara bacaan 40-60. Sekiranya graf RSI berada di dalam kawasan ini, kita boleh andaikan chart sedang dalam keadaan sideway. Oleh itu, anda boleh fokus kepada range ini sebagai kawasan Sideway. Kawasan OB atau OS pula boleh dijadikan sebagai confirmation sideway dah berakhir. Sekiranya garisan RSI berjaya melintasi kawasan OB atau OS, maka anda boleh assume trend telah bermula.

Bacaan RSI untuk Sideway

ADX juga adalah salah satu indikator yang mendeteksi sideway. Caranya adalah mana-mana bacaan ADX dibawah 25 akan dianggap sebagai sideway. Oleh itu, bila anda nampak garisan ADX masuk ke bawah bacaan 25, anda boleh andaikan sideway telah berlaku.

Bacaan untuk ADX market Sideway

Kesimpulan

Indikator untuk mendeteksi sideway ini bukanlah 100% tepat, namun ia membantu anda semua untuk mencari dan memberi idea adakah market sedang sideway. Saya faham, anda pasti geram nampak harga bergerak berpuluh bid tapi indikator cakap sideway tapi anda geram gak nak masuk. Diharap artikel ini dapat bantu anda detect market yang sideway. Selain itu, saya sediakan sedikit infografik dan video penerangan cara untuk detect market sideway menggunakan indikator.

Rujukan

  1. Quantnewsdotcom

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →