Laporan Ekslusif Bagaimana Bermain Saham Dengan Modal Kecil Bawah RM 1,000

cara bermain saham dengan modal kecil

Bismillahirrahmanirrahim

Mesti anda salah seorang yang ingin membuat pelaburan dan terlibat dalam dunia saham tapi tak mempunyai modal yang besar bukan? Kadang-kadang kita dengar, mereka laburkan sehingga 5 ke 6 digit untuk membeli saham saham yang berkualiti. Nah, jangan sedih lagi, hari ini saya akan tunjukkan cara bermain saham dengan modal kecil dan mampu generate income sempoi setiap bulan.

Saham penny Stock dari harga sekitar RM 0.15 kini berharga RM 3 lebih mencatatkan kenaikan sehingga 2000%

Langkah Pertama : Stock Screening Untuk Saham Bermodal Kecil

Terdapat cara khusus untuk main saham dengan modal kecil ini. Yang paling penting adalah saham tersebut mestilah mempunyai dua kriteria ini :

  1. Murah
  2. Mempunyai potensi growth pada masa akan datang.

Saham yang murah biasanya saham penny stock yang mempunyai range harga sekitar RM 1 kebawah. Tapi cuba cari saham yang bersifat super penny. Kelebihan saham penny ini adalah ia senang di manipulate mempunyai volatility yang tinggi. Objective anda sebagai seorang trader yang mempunyai modal yang kecil adalah capital gain. Oleh itu, dengan volatility price yang tinggi, mudah untuk anda dapatkan risk and reward yang cantik. Oleh itu, dengan modal dibawah RM 1,000, saya sarankan untuk anda memilih saham yang bernilai RM 0.30 kebawah.

Kedua, anda harus memilih saham yang mempunyai potensi growth pada masa akan datang. Biasanya terdapat banyak saham yang tak menyerlah dari segi fundamental tetapi mempunyai prospek yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh, DATAPRP mempunyai nilai fundamental yang agak lemah, namun disebabkan model business mereka serta sentimen makro ekonomi yang baik, secara tak langsung berjaya memacu saham ini sehingga menjadi kegilaan para pelabur.

Jadi, bagaimana ingin mencari saham yang mempunyai potential growth supaya sesuai dengan modal main saham yang rendah? Anda boleh gunakan screener yang disediakan oleh BursaMarketplace. Disana terdapat screener yang dipanggil sebagai AlphaIndicator Screener. Klik link dibawah untuk melihat screener Alpha Indikator

BursaMKTPLC: The Screener (bursamarketplace.com)

  1. Dibahagian Valuation, terus ambil angka 10
  2. Kemudian klik pada show result
  3. Pick saham dibawah RM 0.30
Gambar diatas menunjukkan MCT Bhd merupakan saham yang sesuai untuk dipilih kerana mempunyai potensi growth pada masa akan datang.

Langkah Kedua : Menentukan Kawasan Entri, TP dan SL

Faktor terpenting cara bermain saham dengan modal yang kecil adalah entri, TP SL serta risk and reward. Saya sarankan untuk anda gunakan risiko sekurang-kurangnya 10% per entry. Nampak agak tinggi bukan kerana rata-rata pelabur menasihatkan agar meletakkan hanya 2% per entry.

Jika anda masih ingin menggunakan rules 2% per entry, maka anda akan menghadapi masalah yang mana keuntungan anda tidak berbaloi dengan brokerage fee yang dikenakan. Saya ambil brokerage fee yang termurah sekitar RM 30 (kiraan waktu buy dan waktu sell dicampur terus). Jika anda menggunakan risk RM 20, jika anda mendapat keuntungan sebanyak RM 60, separuh dari keuntungan tersebut anda terpaksa bayar fee brokerage sahaja.

Untuk kiraan risk and reward pula, saya sarankan untuk anda gunakan RR 1:3. Oleh itu, dengan risiko sebanyak RM 100, anda mempunyai potential reward sebanyak RM 300. Selepas ditolak dengan brokerage fee (kadar termurah), anda mempunyai untung bersih sebanyak RM 270 yang mana ia bersamaan dengan 27% keuntungan dari modal asal RM 1,000.

Untuk entry pula, saya sarankan anda menggunakan candlestick pattern bersama dengan bollinger band. Tunggu sahaja terdapat pattern Tasuki ataupun Bullish Engulfing yang berjaya break Upper Bollinger Band, anda boleh melakukan buy terhadap counter tersebut.

Kesimpulan

Walaupun dengan modal yang kecil, dengan ilmu yang betul, anda pasti tahu cara bermain saham dengan modal yang kecil. Apa yang penting, anda harus selaraskan risk anda supaya berbaloi dengan jangkaan keuntungan yang akan anda perolehi. Terus membaca artikel di dalam blog ini untuk anda dapatkan lebih banyak info dan maklumat. Anda juga boleh tonton video dibawah bagaiamana untuk screen stock yang mempunyai potential growth serta cara untuk entri bersesuaian dengan tajuk artikel ini.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →