Indikator Untuk Melihat Kekuatan Trend Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahiiim

Trend adalah salah satu komponen terpenting dalam analisa teknikal selain daripada zon, signal, dan juga pattern. Secara asasnya, hanya terdapat 3 bentuk trend yang wujud iaitu uptrend daowntrend dan juga sideway. Setiap trend memberikan strategi yang berbeza-beza untuk mendapat keuntungan dalam saham. Artikel kali ini akan mengulas indikator untuk melihat kekuatan trend.

Kelas-Kelas Indikator

Sebelum kita merungkai persoalan indikaotr untuk melihat kekuatan trend, kita harus ketahui dahulu berapakah kategori indikator yang wujud yang mana terdapat berartus-ratus indikator yang boleh dipilih bagi membantu anda dalam membuat keputusan trading. Amnya, kita boleh kelaskan semua indikator ini kepada 4 kelas iaitu.

  1. Trend : Digunakan untuk mengenalpasti arah pasaran
  2. Oscillaotr : Digunakan untuk mengenalpasti zon support dan resistance
  3. Volume : Digunakan untuk mengira jumlah buyer dan seller dalam pasaran
  4. Hybrid : Gabungan antara dua atau tiga kelas ke dalam satu indikator.

Jika anda mempunyai persoalan berapakah indikator maksimum yang boleh anda gunakan dalam satu masa, jawapan saya adalah tiga, iaitu satu indikator dari setiap kelas yang telah digariskan. Dengan ini anda mendapat semua maklumat yang harus dimiliki serta tidak berhadapan dengan masalah repetive information dari aspek yang sama.

Indikator Untuk Melihat Kekuatan Trend.

Dibawah saya senaraikan beberapa indikator yang boleh bantu anda untuk melihat kekuatan trend. Dengan ini, ia boleh memberikan sedikit keyakinan kepada anda bahawa harga mempunyai kebarangkalian untuk meneruskan trend semasa.

  1. Average Directional Index
  2. Bollinger Band

Jom kita lihat ADX dahulu. ADX terbahagi kepada tiga jenis garisan yang terdiri daripada D+, D- serta ADX line. Fungsi-fungsi setiap garisan tersebut adalah seperti berikut :

  1. D+ : Mewakili Uptrend
  2. D- : Mewakili Downtrend
  3. ADX Line : Mewakili Momentum

Bagi saya ADX adalah antara indikator untuk melihat kekuatan trend yang sangat baik. Anda boleh mendapat maklumat trend serta momentum dalam satu masa yang sama. Cara penggunaannya adalah cukup mudah. Untuk menentukan trend, anda kena pastikan kedudukan D+ atau D-. Jika D+ diatas D-, maka trend semasa adalah Uptrend, manakala jika D- diatas D+ maka trend semasa adalah Downtrend.

Selepas mengetahui trend semasa, anda boleh lihat adakah trend tersebut telah benar-benar telah establish ataupun bukan trend yang masih terperangkap dalam sideway? Jadi, dengan panduan daripada ADX Line boleh bantu anda sama ada ianya trend ataupun sideway. Andai ADX Line berada diatas level 25, maka anda boleh simpulkan bahawa trend yang telah kesan dengan garisan D+ atau D- benar-benar telah terbentuk.

Selain itu, anda juga boleh gunakan Bollinger Band untuk menentukan kekuatan trend semasa. Bollinger band terdiri daripada tiga jenis garisan iaitu Lower BB, Mid BB serta Upper BB. BB sentiasa digambarkan seperti sebuah getah yang mana semakin kuat regangan getah tersebut, maka semakin kuat harga akan melantun semua ke dalam range BB tersebut.

Berikut adalah fungsi setiap garisan band yang ada dalam indikator Bollinger Band.

  1. Upper Band : Menentukan kekuatan momentum bagi Uptrend
  2. Lower Band : Menentukan kekuatan momentum bagi Downtrend
  3. Middle Band : Menentukan fasa trend. Jika harga diatas dikira Uptrend, manakala jika harga dibawah dikira Downtrend.

Untuk mengetahui sama ada kekuatan trend telahpun terjadi dengan menggunakan Bollinger Band adalah dengan melihat sama ada harga berjaya untuk close diluar Bollinger Band sama ada Upper Band ataupun Lower Band. Jika harga berjaya close diatas upper Band, kita dapat simpulkan bahawa terdapat momentum untuk trend terus menaik. Manakala jika price close dibawah Lower Band, maka kita boleh simpulkan terdapat momentum untuk harga terus menurun.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan dua indikator untuk melihat kekuatan trend dalam sesuatu kaunter. Walaupun begitu, masih banyak lagi perkara yang perlu anda beri perhatian seperti faktor Multiple Timeframe dalam menentukan adakah semua petanda yang anda kesan menunjukkan bahawa trend benar benar telah bertapak atau belum. Sekian terima kasih. Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Pengalman Trade FCPO

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →