Pengalaman Trade FCPO di Bursa Malaysia

Bismillahirrahmanirrahiim

FCPO ataupun Future Crude Palm Oil adalah salah satu instrument pelaburan yang wujud di Malaysia. Future merupakan satu produk derivatif yang boleh didagangkan melalui Bursa Malaysia. Yang menariknya, keuntungan yang tinggi di dalam FCPO membuatkan ianya satu keterujaan bagi para trader. Artikel kali ini saya akan ceritakan pengalaman trade FCPO saya di Bursa Malaysia

Risiko Future Trading

Future mempunyai tingkat risiko yang sangat tinggi. Lebih tinggi daripada saham. Jika sesebuah trading itu mempunyai HAD MASA, serta MARGIN, ketahuilah anda sedang terlibat dalam satu jenis trading berisiko ultra tinggi. Oleh itu bagi mereka yang tak boleh nak cope up dengan risiko yang terlampau besar, dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam FCPO Trading.

Untuk makluman semua, satu tick FCPO bernilai RM 25 dan brokerage caj cukup rendah iaitu RM 7 sahaja per trade (Untuk broker Philip Future). Jadi, anda hanya perlu dapatkan satu tick sahaja sudah mencukupi untuk dapat keuntungan, selepas ditolak daripada brokerage caj. Mustahil ke nak dapat satu tick? Tidak dan possibility untuk bergerak satu tick sangat sangat tinggi kerana julat pergerakan FCPO kadang kadang boleh menjangkau 400 tick sehari dan average pergerakan adalah 100 tick sehari.

Pengalaman Trade FCPO

Ok, saya akan terangkan beberapa kesilapan yang telah saya lalui. Pertama, saya tak memahirkan diri saya dengan sistem trading dalam Philip Nova. Walaupun kesemua function broker adalah sama, tetapi ia tetap mempunyai perbezaan dari segi interface dan sebagainya. Kesalahan pertama saya adalah saya gunakan stoplimit untuk untuk stoploss. Bila saya gunakan stoplimit, apabila price gap dan tidak termasuk dalam range stoplimit tersebut, maka stoploss saya takkan trigger hingga menyebabkan keuntungan menjadi berganda-ganda.

Rupanya baru saya tahu yang di Philip Nova ada memberikan function Stop Order. Jadi, order akan trigger secepat mungkin apabila melepasi paras harga stoploss tersebut. Disebabkan kedangkalan saya yang berlagak seperti orang tahu menyebabkan saya mengalami kerugian yang tidak wajar yang sepatutnya saya sanggup untuk hadapi.

Kedua, pengalaman trade FCPO yang saya akan ingat adalah risiko overnight ataupun overnoon. Market akan rehat sebentar pada waktu tengahari dan juga waktu petang sebelum menyambung sesi seterusnya. Ada sekali saya terlupa untuk close all position serta delete semua PO pada hari jumaat, menyebabakn entry saya dalam keadaan floating, bila price open pada hari isnin, price gap menyebabkan saya mengalami kerugian yang besar. Ia berbeza dengan FCPO Spread yang mana risiko overnight ini telah diminimakan.

Ketiga, kekangan modal saya iaitu hanya sekitar RM 10,000 sahaja. Apabila trade dengan modal serendah ini, bermakna saya hanya layak untuk trade intraday atau scalping sahaja. Scalping trading adalah trading style berisiko tinggi yang tidak sesuai dengan saya yang merupakan seorang swing trader. Malah kiraan money management juga tidak dapat disesuaikan kerana kekangan modal menyebabkan saya terpaksa mengambil risiko yang lebih setiap trade.

Keempat, di pengakhiran saya telah mengalami kerugian sebanyak RM 5,000+ ataupun sekitar 60% kerugian dan saya tak layak untuk buka position lagi kerana margin yang rendah. Saya memutuskan bahawa saya tak mampu untuk trade FCPO kerana risiko yang tinggi dan faktor utamanya adalah saya tak boleh nak adjust lot berdasarkan risk profile saya.

Kesimpulan

Akhir kata walaupun saya dalam keadaan rugi dan agak kecewa, namun saya masih belajar sesuatu yang sangat berharga. Sesungguhnya semua rezeki itu datang dari ALLAH SWT. Jika Dia memang ingin berikan kita keuntungan, inshaa ALLAH akan dapat tanpa sesiapa mampu menghalang. Berdasarkan pengalaman trade FCPO, saya menyatakan bahawa saya tak layak untuk trade kerana risk profile yang tidak match.

Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Penjelasan Hukum Trade Warrant

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →