Cara Keluarkan Duit Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahiim

Pasti mengujakan apabila pelaburan yang telah kita lakukan di unit trust membuahkan hasil. Ada yang memberi pulangan 100% selepas 3 tahun, ada yang mendapat keuntungan secara berkala melalui agihan pendapatan. Kini tiba masanya untuk keluarkan duit keuntungan tersebut untuk memenuhi objektif anda. Artikel kali ini akan bantu anda menerangkan cara keluarkan duit unit trust.

Unit Trust Redemption

Ia bermaksud penebusan semula atau dipanggil sebagai penjualan ataupun pembelian balik oleh syarikat pengurus unit amanah terhadap unit yang kita beli. Apabila anda menjual semula unit anda, pihak yang wajib untuk membeli unit tersebut adalah Syarikat itu sendiri. Hal ini sememangnya telah digariskan oleh pihak FIMM yang mana mereka bertanggungjawab untuk menentukan likuiditi dalam pembelian semula unit unit oleh para pelabur.

Biasanya pihak syarikat mempunyai dana tersendiri untuk membeli semua unit-unit yang ingin dijual semula oleh para pelabur. Mereka juga boleh melakukan pinjaman dengan badan lain seandainya tidak memiliki cash reserve asalkan mereka boleh melaksanakan tugas mereka untuk membeli semula unit yang dijual oleh pelabur.

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang cara keluarkan duit unit trust, anda perlu tahu bahawa syarikat mempunyai tempoh selama 10 hari maksimum untuk menyelesaikan urusniaga tersebut. Jika lebih daripada tempoh tersebut, pelabur boleh membuat aduan kepada pihak FIMM bagi menyelesaikan masalah tersebut. Jangan risau, FIMM dan SC ditubuhkan bagi melindungi para pelabur.

Cara Keluarkan Duit Unit Trust

Amnya, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk keluarkan duit unit trust anda. Caranya adalah seperti berikut

  1. Melalui isian Redemption Form
  2. Melalui arahan penebusan semula secara Online

Sebelum ini, semua urusniaga dilakukan secara manual, iaitu melalui sistem borang. Oleh itu, jika anda ingin keluarkan duit unit trust anda, anda haruslah pergi ke syarikat yang anda telah laburkan, contohnya Principal, dan mengisi Redemption Form yang disediakan. Selepas mengisi borang tersebut, anda boleh terus submit dan hanya menunggu untuk wang anda dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Cara Buat Pengeluaran ASB Di Maybank - MyRujukan
Contoh borang penebusan unit amanah ASNB. Sumber Myrujukan

Kini dengan pertumbuhan teknologi yang semakin pesat, kebanyakan syarikat pengendali unit amanah telah membangunkan aplikasi pelaburan tersendiri. Sebagai contoh Principal Asset Management telah membangunkan aplikasi Principal Direct Access yang mana urusan tersebut boleh dilaksanakan secara hanya atas talian. Malangnya aplikasi PDA ini hanya diberikan kepada consultant anda dan anda boleh melakukan penebusan dengan bantuan konsultan anda.

Redemption Transaction | Principal Asset Management
Contoh penebusan semula yang berjaya. Sumber Principal

Klien akan menerima OTP password di telefon atau email mereka, kemudian memberikan maklumat tersebut kepada konsultant untuk mereka masukkan ke dalam sistem sebagai tanda bahawa proses tersebut telah mendapat kebenaran daripada anda. Selepas lulus proses verifikasi, permohonan tersebut akan diproses dan anda hanya perlu menunggu wang untuk masuk ke dalam akaun bank anda.

Kesimpulan

Saya telahpun menerangkan dua cara keluarkan duit unit trust yang mana anda boleh lakukan secara online mahupun offline. Bagi saya, kini urusan tersebut menjadi lebih mudah kerana banyak perkara boleh dilakukan secara hujung jari. Diharap artikel kali ini telah membantu tuan untuk menambahkan lagi pengetahuan berkaitan pelaburan unit amanah. Sekian terima kasih. Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Indikator untuk melihat kekuatan trend dalam saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →