Bismillahirrahmanirrahim
Pada zaman digital ini, agak mudah untuk mendapatkan maklumat seperti ebook teknikal analisis saham. Dengan menggunakan Google, anda boleh jumpa berbagai-bagai ebook saham yang percuma . Tapi kebanyakan ebook trading saham yang ada hanya menerangkan asas dan pengenalan terhadap dunia pelaburan saham sahaja. Adakah anda sudah malas mencari ebook yang lengkap? Adakah anda malas untuk subscribe email semata-mata untuk dapatkan ebook percuma? Mahukah anda untuk dapatkan ebook saham yang percuma dan lengkap?
Ebook Funnel Analysis Technique (FAT) BSKL
Ebook trading saham ini saya berikan secara percuma. Ianya dalam format pdf dan boleh dibaca di mana-mana peranti yang anda ada. Sama ada di smartphone, tablet ataupun laptop, selagi anda mempunyai software untuk membuka file pdf, maka anda tidak akan mempunyai masalah. Ebook ini telah disusun oleh saya sendiri berdasarkan kepada bacaan saya dan pengalaman saya trading di dalam dunia forex, yang mana ianya tidak jauh beza dengan dunia pelaburan saham. Oleh itu anda boleh download ebook teknikal analisis saham ini secara percuma.
Kandungan Ebook FAT BSKL
Apa yang akan anda jangkakan selepas membaca ebook ini, akan akan tahu sedikit sebanyak berkaitan dengan asas pelaburan saham, asas brokerage, bagaimana untuk memilih broker yang baik, penerangan mengenai analisa sentiment, fundamental dan juga teknikal serta bagaimana untuk mengira risk and reward bagi setiap buy call yang akan anda lakukan. Dibawah adalah antara kandungan yang ada dalam ebook trading saham FAT BSKL
- Bab 1 : Persediaan Melangkah ke Dunia Trading Saham
- Bab 2: Asas Pengenalan kepada Dunia Saham
- Bab 3: Tiga Elemen Analisa Pasaran
- Bab 4 : Proses Jual Beli Saham
- Bab 5 : Funnel Financial Analysis
Apa Yang Bakal Anda Mahir Selepas Membaca Ebook FAT BSKL?
Selepas anda mempelajari dan melakukan latihan secara berterusan, anda secara tidak langsung mampu untuk :
- Mahir dalam melakukan Buy Call tanpa kekeliruan seperti pedagang baru yang lain
- Mahir untuk melakukan sentiment analisis
- Mahir untuk melakukan fundamental analisis
- Mahir untuk melakukan teknikal analisis
- Mahir untuk menggabungkan semua analisis untuk trigger Buy Call
- Mahir untuk mengira Risk and Reward sebelum trigger Buy Call
- Mahir dalam menentukan kawasan untuk entry dan exit serta premature exit.
Walaupun ebook FAT BSKL merupakan ebook teknikal analisis saham yang boleh didapati secara percuma, namun saya percaya, saya telah menulis segala elemen dan prinsip pelaburan yang baik berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang forex trader yang gagal. Untuk makluman, sebuah sistem trading atau investment yang baik haruslah mempunyai :
- Risk Management
- Clear Entry
- Clear Exit
- Concise Analysis (Sentiment / Fundamental / Technical)
- Psychological Management
- Portfolio’s Diversification
Adakah anda berminat untuk download Ebook FAT BSKL secara percuma? KLIK LINK DIBAWAH SEKARANG !
>>>> EBOOK FAT BSKL <<<<
Kesimpulan
Dunia pelaburan saham memerlukan anda untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan mempunyai ilmu yang luas, ia akan membantu anda melakukan keputusan trading yang betul dan tahu bagaimana untuk mengekang risiko kerugian pada tahap minima. Langkah anda untuk memuat turun Ebook FAT BSKL merupakan satu tindak mula yang baik yang mana sekurang-kurangnya anda dapat melihat rangka keseluruhan sistem pelaburan yang baik.
Baca : Apa itu Saham Patuh Syariah