Rahsia Teknik Analisis Saham Berkesan

Bismillahirrahmanirrahim

Sebagai seorang pelabur saham, anda tidak akan lari daripada melakukan proses analisa pasaran saham. Proses ini dilaksanakan bagi membantu anda memilihi kaunter yang terbaik untuk anda laburkan duit anda dalam meraih keuntungan pada masa akan datang. Jadi apakah teknik analisis saham yang berkesan dan bagaimana teknik analisis tersebut boleh membantu anda dalam membuat keputusan?

Jenis Analisis Saham

Secara amnya, terdapat tiga jenis teknik analisis saham yang perlu anda ketahui.

  1. Sentiment Analisis
  2. Fundamental Analisis
  3. Teknikal Analisis

Sentimen analisis berkait rapat dengan apa yang pelabur rasakan pada ketika itu. Tiada cara yang solid untuk menentukan apakah sentimen pelabur pada setiap hari. Oleh itu, bagi mendapatkan garis kasar terhadap analisa sentimen ini, kebanyakan pelabur akan merujuk kepada pergerakan index FBMKLCI. Index FBMKLCI merupakan indeks yang terdiri daripada 30 syarikat gergasi di Malaysia. Secara logiknya, jika 30 syarikat ini gagal untuk perform pada hari tersebut, maka sentimen pelabur akan cuba untuk menjual kebanyakan pegangan saham mereka. Berbeza pula jika indeks ini meningkat, maka pelabur akan cuba untuk membeli kaunter kegemaran mereka.

Menilai "Mood" Market Semasa
Indeks FBMKLCI yang positif mewujudkan sentimen positif dalam kalangan pelabur. Sumber google

Analisis fundamental saham pula berkait rapat dengan prestasi keuntungan sesebuah syarikat yang ingin kita laburkan. Kebiasannya anda akan membaca laporan kewangan syarikat untuk mengetahui sama ada syarikat mempunyai keuntungan atau tidak. Terdapat dua perkara yang perlu diambil kira semasa melakukan analisa fundamental iaitu.

  1. Adakah syarikat membuat untung
  2. Adakah syarikat mempunyai hutang yang terlalu tinggi.

Kesimpulannya syarikat yang mempunyai keuntungan yang tinggi beserta hutang yang rendah merupakan saham yang menjadi rebutan oleh para pelabur. Analisa fundamental membantu anda menilai sama ada syarikat tersebut benar benar berbaloi untuk dilaburkan atau tidak.

Cara Melakukan Analisis Fundamental Saham dengan Rasio Keuangan - Edusaham
Contoh laporan kewangan yang akan digunakan untuk menentukan prestasi syarikat. Sumber google

Bagi asas teknikal analisis saham pula, ia berkait rapat dengan chart harga semasa. Kebanyakan pelabur akan menggunakan indikator indikator yang dibekalkan serta melukis support dan resistance untuk mengetahui aras-aras harga yang mempunyai potensi yang baik sebagai harga terendah. Oleh itu objektif analisa teknikal adalah mencari harga terendah yang terbaik untuk anda buy.

4 Indikator Analisis Teknikal Paling Populer
Contoh analisa teknikal untuk mencari harga terendah. Sumber juruscuan

Gabungan Semua Analisis Merupakan Teknik Analisis Saham Yang Berkesan

Seorang pelabur tidak boleh cenderung untuk melakukan hanya satu analisa sahaja. Ketiga tiga analisa diatas adalah berkait rapat antara satu sama lain. Analisa sentimen akan menentukan sama ada sektor perniagaan pada hari tersebut bergerak cemerlang atau tidak. Jika tidak maka tiada buy call akan dilakukan pada hari itu. Namun jika sentimen pelabur adalah positif, maka anda boleh bergerak ke arah fundamental analisis.

Fundamental analisis akan membantu anda memilih kaunter saham yang mana mempunyai prestasi yang tinggi. Antara petunjuk yang selalui dilihat adalah P/E ratio, EPS dan juga ROE. Apabila anda telah berpuas hati dengan semua laporan yang telah menjawab dua soalan utama iaitu adakah syarikat mempunyai hutang yang terlalu tinggi dan adakah syarikat sedang untung, maka anda boleh pergi kepada tahap analisa teknikal.

Di dalam analisa teknikal, anda akan cuba untuk mencari harga terbaik atau terendah untuk anda beli. Dengan sokongan data melalui analisa sentimen dan juga fundamental, maka anda percaya pada harga terendah yang telah anda tanda sama ada melalui tandaan support and resistance ataupun melalui bacaan indikator, maka buy call akan dilakukan.

Kesimpulan

Setiap pelabur pasti akan cenderung pada satu analisa ketika bermula. Oleh itu saya sarankan supaya anda belajar secara perlahan lahan setiap fasa analisa ini, kemudian anda akan dapat melihat sinergi antara analisa tersebut. Itulah rahsia teknik analisis saham yang paling berkesan.

Baca : Ebook Teknikal Analisis Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →