Bismillahirrahmanirrahim
ROE merupakan salah satu maklumat yang boleh diperolehi di dalam laporan kewangan syarikat. Malah, ianya merupakan salah satu indikator kewangan yang cukup popular dalam kalangan para pelabur. Namun, tahukah anda apa itu ROE dalam saham dan apakah yang ingin disampaikan oleh maklumat tersebut?
Maksud ROE dalam Saham
ROE bermaksud Return on Equity. Ianya menceritakan maklumat tentang kadar keuntungan sesebuah perniagaan terhadap ekuiti / pegangan saham. Semakin tinggi kadar keuntungan yang dihasilkan pada setiap unit saham, semakin baik pengurusan syarikat tersebut dalam mengembangkan perniagaan mereka. Sekiranya ROE semakin rendah, ia bermaksud syarikat sentiasa melakukan keputusan-keputusan perniagaan yang tidak baik sehingga menyebabkan perniagaan tidak mampu untuk menjana keuntungan melalui pelaburan modal yang dilakukan oleh pelabur saham.
Formula ROE Rumus
Untuk mendapatkan ROE, caranya adalah dengan membahagikan antara keuntungan tahunan beserta jumlah saham semasa. Memandangkan faktor jumlah saham semasa yang sentiasa berubah-ubah akibat jual beli saham pada setiap hari, maka bacaan ROE juga turut akan berubah. Anda juga tidak perlu khuatir untuk mengira ROE ini kerana kebanyakan laporan kewangan telahpun memberikan hasil kiraan ROE ini dan ini memudahkan anda untuk melakukan keputusan yang pantas untuk membeli saham tersebut.

Bacaan Terbaik Untuk ROE
Memandangkan ROE ini dibaca dalam bentuk ratio, mungkin anda tertanya-tanya apakah bacaan yang terbaik untuk menentukan ROE sesebuah syarikat tersebut sama ada ianya baik dan berbaloi untuk dimiliki atau tidak. Secara amnya, syarikat yang mempunyai bacaan ROE yang melebihi dari 9 dianggap syarikat yang baik dan mampu untuk menjana keuntungan pada masa akan datang.
Contoh Implikasi ROE kepada Perniagaan
Syarikat Maju menjalankan perniagaan kurier di Malaysia. Setelah 5 tahun menjalankan perniagaan dan mempunyai keuntungan yang stabil, maka syarikat maju memutuskan untuk mengembangkan perniagaannya ke Sabah Sarawak dan mula menyenaraikan saham mereka kepada orang awam. Ketika permulaan penyenaraian syarikat Maju, pemilik utama syarikat Maju meninggal dunia dan diambil alih oleh anak sulungnya.
Pada suku pertama perniagaan selepas anaknya mengambil alih, terdapat banyak masalah yang berlaku di dalam pengurusan syarikat yang mana keputusan anaknya sentiasa tidak selari dengan keputusan pengurusan tertinggi. Disebabkan kesilapan demi kesilapan tersebut, syarikat tersebut menjana keuntungan yang rendah dan menyebabkan laporan suku pertama memaparkan syarikat hanya menjana ROE sekitar bacaan 5 sahaja.
Akibat daripada masalah tersebut, ramai pelabur mula menjual saham mereka akibat prestasi yang merudum dan kebanyakan pemilik saham yang besar terpaksa membeli saham-saham mereka sendiri di Bursa bagi mengelakkan harga terus jatuh dan lebih ramai orang yang menjual saham mereka. Anak sulung tersebut mula sedar dan mula bertindak lebih matang dan bekerjasama dengan tim pengurusannya. Mereka mula membangunkan strategi dan plan perniagaan bersama-sama dan sentiasa berbincang untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik untuk syarikat mereka. Akhirnya pada suku ketiga laporan tahunan syarikat tersebut, keuntungan yang dijana adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan sejarah penubuhan syarikat Maju. Bacaan ROE mereka meningkat sehingga 20 dan pelabur berpusu-pusu membeli saham mereka dan menyebabkan harga saham mereka meningkat dengan lebih tinggi.

Kesimpulan
Artikel ini secara langsung telah menjawab persoalan apa itu roe dalam saham serta kupasan lanjutan yang berkait rapat dengan ROE. Oleh itu, sebagai seorang pelabur saham, anda harus menggunakan maklumat ROE ini sebagai salah satu indikator untuk anda sebelum melakukan buy call. Sekian terima kasih.