Bismillahirrahmanirrahim
ATR ataupun average true range merupakan indikator yang boleh digunakan secara percuma di dalam trading view. Indikator ini dibangunkan oleh seorang market technician bernama J. Welles Wilder Jr yang mana beliau mengukur volatility pasaran berdasarkan kepada jarak pergerakan keseluruhan sesuatu aset dalam satu jangka masa. Post kali ini akan menerangkan bagaimanakah cara menggunakan indikator ATR.
Bagaimana Indikator ATR Terbentuk
Sebelum kita mendalami cara menggunakan indikator ATR, kita harus tahu apakah data yang digunakan membuatkan indikator ATR terbentuk. Secara amnya indikator ATM mengambil data daripada Hi, Lo serta Previous Close. Kemudian dengan menggunakan formula yang tersendiri, maka line graf di dalam indikator ATR akan terbentuk. Sebelum ini, indikator ATR digunakan secara meluas hanya pada pasaran komoditi dan kini ia juga digunakan dalam instrumen pelaburan yang lain.
Cara Memilih Indikator ATR dalam Tradingview.
Untuk menggunakan indikator ATR, anda haruslah memilihnya terlebih dahulu daripada library indikator yang diberikan. Cara nya cukup mudah, ikut langkah dibawah untuk membuka indikator ATR
- Klik pada Indikator
- Taip “ATR” di search box
- Pilih Average True Range
Anda akan lihat indikator ATR akan muncul dibawah chart anda. Ia merupakan satu garis bar yang menunjukkan jangkaan pergerakan harga berdasarkan volatiliti pasaran.
Cara Menggunakan Indikator ATR
Dengan menggunakan indikator ATR ini, secara tidak langsung kita akan mendapat idea berapa banyak harga akan bergerak sama ada menaik ataupun menurun. Sebagai contoh, jika ATR terkini menunjukkan nilai 0.005, ia bermaksud kaunter tersebut mempunyai kemungkinan untuk bergerak sebanyak setengah sen.
Apa yang anda boleh buat apabila mengetahui maklumat ini? Ia boleh bantu anda plan untuk meletakkan SL dan juga TP anda pada jarak yang dicadangkan. Seperti contoh diatas, yang mana price hanya bergerak 0.005 berdasarkan volatiliti semasa, maka anda boleh set untuk meletakkan TP sebanyak 1 bid ataupun Cutloss sebanyak 1 bid.
Limitasi Penggunaan Indikator ATR
Indikaotr ini hanya mengukur kadar volatiliti sesuatu instrumen pasaran tanpa memberitahu kita adakah volatility tersebut terbentuk akibat kekuatan daripada demand pressure ataupun supply pressure. Oleh itu, anda mungkin akan nampak price bergerak dengan rancak tetapi anda tidak tahu siapakah yang menguasai pasaran sama ada buyer ataupun seller.
Oleh itu, anda memerlukan lain-lain maklumat sokongan seperti mendapatkan informasi di dalam Market Trade Monitor yang dibekalkan oleh broker didalam web trading anda. Dengan melihat di dalam MTM, barulah anda tahu siapakah yang menguasai pasaran berdasarkan belian dan jualan lot yang direkodkan.
Kesimpulan
Secara peribadi, saya tidak memilih ATR walaupun saya tahu cara penggunaan indikator ATR. Antara faktor yang menyebabkan saya tidak memilih indikator ini adalah ia hanya mengukur volatiliti semasa dan perubahan volatiliti agak sukar dijangka. Sekian terima kasih.
Sumber : Investopedia, Seputar Forex
Baca Lagi : Cara Menentukan Breakout Saham