Cara Menentukan Breakout Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Breakout adalah satu situasi yang mana harga berjaya close diatas paras resistance ataupun close dibawah paras support. Ramai trader suka untuk menggunakan teknik breakout kerana ia datang dengan confirmation daripada momentum yang terjadi. Namun tahukah anda cara menentukan breakout saham yang saya pasti tak ramai yang tahu cara yang lengkap. Artikel kali ini akan menjawab semua persoalan tersebut.

Tiga Cara Menentukan Breakout Saham

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang, berikut merupakan beberapa elemen yang perlu anda lihat untuk menentukan sebuah breakout berjaya

  1. Candle Breakout Body
  2. Volume Breakout
  3. Wave

Cara pertama menentukan breakout saham adalah dengan melihat candle breakout body. Semakin besar atau banyak body yang berjaya close melepasi support ataupun resistance, maka semakin tinggi kebarangkalian breakout tersebut untuk valid. Ia menunjukkan buy power yang sangat kuat sehingga berjaya menolak harga untuk close lebih tinggi dan dominan daripada harga paras rintangan. Namun jika hanya sedikit sahaja body yang berjaya close melepasi paras support ataupun resistance, para trader perlu berhati-hati kerana kemungkinan false breakout akan berlaku. Ratio terbaik untuk sesebuah breakout berlaku adalah 2/3 dari body candle berjaya close melepasi paras SnR.

Cara kedua menentukan breakout saham adalah dengan melihat volume ketika breakout terjadi. Semasa breakout terjadi, ia selalunya ditemani dengan jumlah volume yang tinggi. Apabila kita sebut volume yang tinggi, ia melibatkan transaksi dagangan dan transaksi tersebut bercampur antara buyer dan seller. Oleh itu, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai buy rate di dalam akaun brokerage anda semua. Secara amnya, volume merupakan faktor sampingan yang mengukuhkan lagi keabsahan sesuatu breakout.

Cara ketiga menentukan breakout saham adalah pastikan situasi breakout dipilih ketika projection wave. Jika anda menggunakan teknik breakout semasa retracement wave, kemungkinan untuk anda terkena false breakout adalah sangat tinggi. Jadi, bila mana anda melihat projection wave sudah mula terjadi, itulah masanya untuk anda menggunakan teknik breakout.

Selain itu, anda juga perlu perhatikan jika terdapat banyak line resistance yang berkumpul dalam satu masa yang sama. Line resistance yang berkumpul boleh menyebabkan harga bounce dikawasan tersebut adalah tinggi. Untuk memahami dengan lebih lanjut maksud line resistance yang berkumpul, anda boleh lukiskan diatas graf. Jika anda boleh melukis banyak line resistance dalam jarak harga yang terlaku dekat, jadi anda harus berwaspada.

Penggunaan ketiga-tiga elemen cara menentukan breakout saham

Kesimpulan

Saya baru sahaja menerangkan tiga elemen yang bakal mempengaruhi cara menentukan breakout saham. Sememangnya tidak ada teknik yang boleh memberi kebarangkalian 100% dalam saham, namun panduan ini sedikit sebanyak boleh memberikan idea kepada anda untuk trade breakout dengan lebih sistematik dan berhati-hati. Sekian terima kasih.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Apa itu Multi Asset Class

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →