Bismillahirrahmanirrahim
Fibonacci retracement merupakan salah satu jenis fibo yang ada. Artikel hari ini akan fokus kepada cara set fibonacci retracement tool dan selain itu akan menerangkan isu-isu berkaitan penggunaan fibonacci ini. Sebelum itu, anda harus menggunakan laptop atau desktop untuk melukis fibo kerana ia lebih selesa berbanding menggunakan handphone.
Apa itu Fibonacci?
Sebelum kita tengok cara set fibo retracement ni, kita kenal dulu apa itu fibonacci. Fibonacci merupakan satu tool yang mempunyai beberapa ratio yang digunakan untuk mengukur retracement dan juga projection wave. Di dalam fibonacci, anda akan nampak bermacam-macam jenis yang boleh anda belajar. Jenis-jenis fibonacci adalah seperti berikut.
- Fibonacci Retracement
- Fibonacci Expansion / Extension
- Fibonacci Circle
- Fibonacci Fan
- Fibonacci Spiral
Namun, yang paling mudah dan digunakan oleh kebanyakan trader atau investor adalah fibonacci retracement dan juga fibonacci expansion tool. Ianya sangat mudah untuk diplotkan di dalam Chart.
Cara Set Fibonacci Retracement Tool
Jika anda lihat di internet, berbagai cara digunakan untuk melukis fibonacci retracement tool. Jadi saya akan tunjukkan cara sebenar untuk set fibonacci retracement.
- Anda harus lukis dulu projection yang sudah berlaku turning point yang mana anda percaya telah bermulanya retracement wave.
- Selepas itu, anda akan dapat kesan dimanakah swing hi dan juga swing lo selepas anda percaya telah bermulanya awal retracement wave.
- Ketika anda ingin set fibonacci retracement, yang penting adalah ratio 1 atau 1.00 mesti berada dalam projection wave manakala ratio 0 merstilah pada retracement wave. Untuk lebih mudah, ketika uptrend, swing hi harus diletakkan ratio 0 dan jika downtrend, swing lo harus diletakkan ratio 0.
- Kemudian anda tarik fibonacci retracement sehingga pada swing lo atau swing hi sebelumnya,
Akhirnya, anda telahpun berjaya melukis satu fibonacci retracement. Biasanya selepas anda set fibonacci retracement, kebanyakan trading station telah gabungkan antara fibonacci retracement dan fibonacci expansion. Jadi, ianya satu features yang sangat baik kerana level level ratio fibonacci retracement boleh digunakan sebagai entri level manakala level ratio di fibonacci retracement boleh dipakai sebagai target price level.
Masalah am ketika anda sedang cuba untuk mencari cara set fibonacci retracement ini adalah yang pertama adalah cara melukis. Saya lihat ada orang yang melukis fibonacci secara terbalik. Saya bukanlah orang yang berintegriti untuk menentukan salah betul cara seseorang, namun kita lihat pada manual asal penggunaan fibo itu sendiri, sememangnya cara yang betul adalah seperti yang dinyatakan.
Masalah kedua dalam melukis fibo adalah menentukan di mana swing hi atau swing lo. Untuk menentukan kedua faktor ini, saya telah sediakan satu video di dalam channel saya berkenaan cara untuk melukis swing hi dan juga swing lo. Di harap video tersebut dapat bantu cara anda set fibonacci retracement.
Kesimpulan
Fibonacci retracement tool merupakan satu tool sokongan untuk bantu anda mencari level entri dan exit yang lebih tepat. Ia merupakan solusi kepada mereka yang keliru bagaimana untuk melukis SnR. Ya, melukis snr sememangnya mengelirukan sebab bergantung pada imaginasi trader atau pelabur itu sendiri. Dengan menggunakan fibonacci retracement and expansion tool, anda hanya perlu tunggu signal entri pada level level ratio yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.
Rujukan
- Tradingview
- Investopedia
- ARTT Technical Analysis
Baca juga : Apa itu Parabolic SAR