Apa itu Parabolic SAR Dalam Indikator Teknikal

Bismillahirrahmanirrahim

Parabolic SAR adalah salah satu indikator Teknikal yang boleh anda gunakan secara percuma di dalam mana-mana charting platform. Namun, mungkin anda tertanya tanya apa itu parabolic sar dan bagaimana cara untuk menggunakan parabolic SAR. Artikel ini akan bantu meningkatkan kefahaman anda tentang indikator ini.

Maksud Parabolic SAR

Parabolic SAR ataupun nama panjangnya adalah “Parabolic Stop and Reverse” merupakan salah satu indikator bersifat trend following. Ia diasaskan oleh J. Welles Wilder pada tahun 1978. Indikator ini agak selari dengan Moving average yang mana ia mengambil kira faktor harga semasa dan juga tempoh masa data diambil untuk menghasilkan data parabolic sar.

Mengapa ia dipanggil sebagai parabolic SAR? Indikator ini akan menghasilkan satu dot disetiap candle yang telah close dan dot-dot tersebut boleh disambung dan membentuk lengkungan. Maka, lengkungan itulah yang dipanggil sebagai Parabolic.

Cara Menggunakan Parabolic SAR

Terdapat tiga fungsi utama Parabolic SAR yang boleh digunakan ketika anda trading.

  1. Trend Spotting
  2. Entri
  3. Stop Loss / Trailing Stop

Anda boleh mengetahui sesuatu kaunter itu dalam keadaan Uptrend ataupun Downtrend dengan berdasarkan kedudukan titik Parabolic SAR. Jika harga berada diatas titik parabolic sar, ia menunjukkan kaunter sedang dalam keadaan Uptrend dan anda boleh fokus untuk Buy kaunter tersebut. Manakala, jika harga berada dibawah titik parabolic SAR, maka kaunter sedang berada dalam fasa Downtrend dan anda boleh membuat keputusan untuk SELL pegangan saham anda.

Anda juga boleh gunakan parabolic SAR sebagai entri. Apabila muncul titik parabolic SAR yang terbaru, maka anda boleh melakukan entri. Secara teorinya apabila titik parabolic SAR yang bertentangan terbentuk, ia menunjukkan bahawa price akan melakukan reversal sama ada reversal trend ataupun retracement trend. Titik parabolic SAR yang berlawanan hanya akan terbentuk apabila price semasa berjaya break titik parabolic SAR terdahulu

Terakhir, ini merupakan fungsi yang paling menarik dalam parabolic SAR iaitu sebagai level Stop Loss ataupun Trailing Stop. Selepas anda melakukan entry berdasarkan titik parabolic SAR yang pertama muncul, anda boleh set terus level SL anda pada titik Parabolic SAR. Kemudian, jika harga terus bergerak mengikut analisa anda, anda boleh gerakkan SL anda pada titik yang seterusnya, sehingga harga berjaya hit level trailing Stop anda. Ianya sangat sesuai untuk anda terus ride the trend dan dalam masa yang sama anda meletakkan trailing stop untuk mengunci keuntungan anda sebelum jatuh lebih jauh.

Kelemahan Parabolic SAR

Semua indikator yang bersifat trend following mempunyai kelemahan yang sama iaitu ketika market sedang sideway. Dan kebiasannya 70% market akan sideway. Semasa sideway, parabolic SAR akan sentiasa memberi signal yang berisiko dan anda pasti mengalami kerugian melebihi keuntungan.

Mengapa? Sifat parabolic sar adalah untuk melakukan reversal adalah berdasarkan “Breakout”. Selepas harga berjaya breakout titik parabolic SAR yang sebelumnya, barulah titik terbaru yang berlawanan akan muncul. Ketika itu, price sudah jauh bergerak dan mungkin anda tidak sempat untuk profit taking semasa price reverse.

Image
Sumber Investopedia

Oleh itu, cara untuk filter dan mengurangkan impak kelemahan parabolic SAR adalah dengan menggunakan sokongan indikator lain yang lebih less sensitive kepada harga. Sebagai contoh anda boleh gunakan MA 200 sebagai indikator sokongan. Dengan adanya MA 200, anda hanya akan fokus pada satu signal sahaja sama ada Buy atau Sell

Sebagai contoh, jika MA 200 menunjukkan kaunter sedang uptrend, maka anda hanya perlu fokus kepada signal Buy yang akan dihasilkan oleh Parabolic SAR. Terdapat juga pertanyaan apa itu parabolic sar saham? Sebenanrnya fungsi ia tetap sama tidak kira apa jua instrumen yang anda pilih untuk trading.

Kesimpulan

Parabolic SAR mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu fungsi SAR itu sendiri (Stop and Reverse). Namun, kita juga harus tahu bahawa indikator ini juga tidak mampu untuk perform dalam market yang sedang sideway yang mana 70% market adalah sideway. Faktor timing adalah sangat penting untuk menggunakan parabolic SAR

Rujukan

  1. Investopedia
  2. Seputarforex

Baca juga : Apa itu Money Laundering

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →