Apa Itu Money Laundering Yang Perlu Anda Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Money laundering bukan istilah baru dalam dunia ekonomi. Ia telah terjadi sejak berkurun lamanya dan masih terjadi sehingga kini. Aktiviti ini secara langsung memberi kesan kepada kadar jenayah dalam negara. Artikel kali ini akan menjelaskan apa itu money laundering, tahapan money laundering serta contoh money laundering berlaku.

Maksud Money Laundering

Money laundering merupakan hasil perolehan melalui aktiviti jenayah seperti penjualan dadah, pemerdagangan manusia, perjudian diproses di dalam ekonomi negara untuk kelihatan sah. Kebiasaannya, aktiviti jenayah yang dilakukan melibatkan amaun duit yang cukup besar dan memerlukan satu proses yang sistematik untuk menyimpan kesemua wang tersebut di dalam bank.

Tahapan Money Laundering

Terdapat tiga tahapan money laundering yang perlu kita tahu. Tahap tersebut adalah seperti berikut:

  1. Placement
  2. Layering
  3. Integration
Overview

Placement merupakan satu proses memperkenalkan sumber pendapatan tidak sah kedalam kitaran sistem ekonomi. Mereka akan memasukkan wang tidak sah tersebut kedalam bank. Bagi seorang penjenayah, ianya agak bahaya untuk memegang amaun duit yang terlampau banyak secara fizikal kerana ia akan menyusahkan pergerakan mereka serta mudah dihidu oleh pihak berkuasa. Pergerakan wang mereka menjadi mudah apabila wang telah dimasukkan ke dalam bank dan mereka boleh terus melakukan aktiviti jenayah mereka.

Layering adalah keadaan yang mana penjenayah akan mula mempelbagaikan kaedah kemasukan wang mereka ke dalam pasaran. Ianya agak sukar untuk kekal memasukkan wang yang cukup banyak ke dalam satu bank kerana ia boleh memberikan rasa curiga kepada pihak bank. Oleh itu, mereka akan mula melakukan layering dengan mendepositkan wang mereka ke beberapa bank yang lain, membeli saham saham pada volume yang tinggi, membeli komoditi seperti emas dan perak. Tujuan utama layering adalah untuk mengelakkan diri daripada pihak berkuasa tahu siapakah pemilik semua wang tersebut.

Integration pula adalah keadaan yang mana apabila wang tersebut telah diserakkan ke dalam berbagai bagai institusi kewangan, mereka akan membina perniagaan yang sah daripada wang tersebut. Jadi, mereka bebas untuk membuka perniagaan seperti biasa kerana ianya kelihatan sah dari sisi undang-undang. Antara perniagaan yang biasa dibuka bagi mencuci wang adalah seperti berikut :

  1. Bar
  2. Dobi
  3. Car Wash
  4. Restoran
  5. Broker Saham
  6. Kedai Barang Kemas

Contoh Money Integration Berlaku

Atan merupakan seorang pusher dadah terbesar di daerah Taiping. Setiap hari, dia mampu untuk mendapatkan keuntungan sehingga RM 30,000 setiap hari. Wang yang banyak ini menyukarkan Atan untuk bergerak ke mana-mana jika dia menyimpannya secara fizikal di rumah. Malah atan takut jika jiran-jiran mula curiga apabila ternampak wang yang banyak berada di rumahnya.

Jadi, Atan mulakan dahulu dengan membuka satu akaun bank semasa dan memasukkan duit secara konsisten ke dalam akaun tersebut. (Placement). Kemudian, dalam masa yang sama atan membuka beberapa lagi akaun bank serta akaun CDS untuk pembelian saham dan juga belian emas. Dari bank pertama yang dibuka, Atan mula serakkan duit-duit tersebut ke bank bank lain yang dibuka serta membeli saham dan emas.(Layering).

Kemudian, Atan bercadang untuk membuka bisnes Carwash dan Dobi 24 jam serta melantik seorang pengurus yang diupah olehnya. Sehingga kini, Atan mempunyai 5x Carwash serta 5x Dobi 24 jam dan Atan mampu tersenyum kerana wang jualan dadahnya tidak dapat dikesan oleh pihak penguasa.

Kesimpulan

Artikel ini telahpun menjawab apa itu money laundering serta lain-lain maklumat yang berkaitan. Selain itu, proses money laundering tidak semestinya melalui ketiga-tiga proses ini, mungkin hanya 1 atau 2 sahaja, bergantung kepada skala wang yang dihasilkan melalui aktiviti penggubahan wang haram.

Rujukan

  1. nota eFPMR
  2. calert.info

Baca juga : Apa itu Bon

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →