Tiga Sebab Power Keperluan Diversifikasi Dalam Pelaburan

Bismillahirrahmanirrahim

Diversifikasi merupakan perkara yang biasa dalam pelaburan. Bagi para pelabur baru, pasti rasa janggal dengan terma diversifikasi ini. Artikel kali ini akan menerangkan tentang keperluan diversifikasi dalam pelaburan serta bagaimana untuk melaksanakannya dalam portfolio anda.

Apa itu Diversifikasi?

Diversifikasi bermaksud kepelbagaian. Di dalam pelaburan atau dagangan, ia merupakan satu usaha membeli atau menjual instrumen yang datang dari pelbagai jenis. Kebiasaannya anda akan dapat lihat sehingga 15 kaunter yang dipegang oleh seseorang pelabur yang mengamalkan diversifikasi. Secara rasionalnya, teknik ini mampu mendatangkan keuntungan yang memberangsangkan pada jangka masa panjang dan merendahkan risiko yang dihadapi oleh seorang pelabur.

Asas Kepada Diversifikasi

Tujuan utama proses diversifikasi ini adalah untuk melandaikan systematic risk di dalam portfolio. Oleh itu, apabila terjadinya catalyst yang melampau di dalam satu satu industri, kerugian yang dihadapi di dalam sektor tersebut dapat dilindungi dengan industri industri lain yang sedang berada dalam keuntungan. Menariknya setiap portfolio tidak mempunyai positive correlation yang sempurna, yang bermaksud, jika saham A naik, saham B tak semestinya naik tetapi mungkin akan turun.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, seseorang yang memegang saham sehingga 30 kaunter yang mempunyai asas fundamental yang kukuh dapat merendahkan risiko seminima yang mungkin. Walaupun diversifikasi mampu merendahkan risiko, secara tak langsung ia juga merendahkan risiko pulangan yang diterima oleh pelabur.

Asset Allocation and Diversification [ChartSchool]
Contoh diversifikasi dalam pelaburan yang boleh dipraktikkan. Kredit to stockcharts dot com

Apa Sebab Pelabur Melakukan Diversifikasi Dalam Pelaburan?

Umumnya, terdapat tiga sebab kenapa mereka melakukan proses diversifikasi berbanding melabur dalam satu kaunter atau produk pelaburan sahaja. Dibawah merupakan sebab sebab tersebut :

  1. Merendahkan risiko dengan kepelbagaian produk yang mempunyai risiko industri masing-masing
  2. Melakukan hedging terhadap ketidak tentuan pasaran yang menyumbang kepada volatility yang tinggi
  3. Menawarkan pulangan yang memberangsangkan pada jangka masa yang panjang.

Bagaimana Pelabur Boleh Melakukan Diversifikasi Dalam Pasaran

Terdapat banyak cara untuk anda melakukan proses diversifikasi. Namun, diversifikasi yang paling popular adalah diversifikasi berdasarkan kategori kelas aset.

  1. Bond : Seorang pelabur mungkin ingin memiliki bond kerana ia memberikan pulangan yang rendah dan juga risiko yang terlalu minima.
  2. Saham : Pelabur akan membeli secara aktif dalam milikan saham. Kemudian akan memilih saham yang berlainan industri untuk mengelakkan efek domino
  3. Hartanaha : Ia merupakan aset yang sukar untuk dicairkan dan sesuai bagi mereka yang mempunyai modal yang tebal
  4. ETF : Ia merupakan satu basket of stock yang anda boleh miliki. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, membeli ETF adalah tindakan yang bijak kerana ETF sendiri telah melakukan diversifikasi yang cukup baik dalam portfolio anda.
  5. Komoditi : Mungkin anda boleh simpan aset fizikal seperti emas sebagai pelaburan anda.
  6. Cash : Anda juga boleh letakkan duit di dalam fix deposit. Kini fix deposit mempunyai struktur peraturan yang lebih mudah dan fleksible berbanding zaman dahulu.

Jadi, anda boleh tentukan selera anda bagaimana anda nak diversify portfolio pelaburan anda. Jika anda seorang yang tak suka risiko yang tinggi, mungkin anda boleh pilih lebih banyak pelaburan yang berisiko rendah seperti bond dan cash kemudian bakinya anda boleh buat belian kaunter kaunter yang terbukti kukuh.

Kesimpulan

Jika anda seorang pelabur, diversifikasi merupakan satu tindakan yang bijak untuk anda. Secara tak langsung anda telah merendahkan systematik risk yang ada dalam pasaran industri itu sendiri. Namun, jika anda seorang pedagang, proses diversifikasi ini kurang berkesan kepada anda kerana ianya tidak sesuai untuk short term gain. Diharap artikel kali ini sudahpun menjawab soalan anda tentang sebab perlunya diversifikasi dalam pelaburan.

Rujukan

  1. Investopedia

Baca lagi : Cara Set Fibonacci Retracement

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →