Bismillahirrahmanirrahim
Teknologi telah berkembang dengan pesat dan secara langsung ia memberi impak kepada dunia pelaburan saham. Maka dengan ini, terdapat banyak website yang menawarkan indikator untuk menganalisis saham di dunia termasuklah Alpha Indicator. Tapi, tahukah anda masih ramai yang tak tahu apa itu alpha indicator yang dah bantu ramai atau beribu newbies membuat keputusan membeli saham dengan tepat? Hari ini saya terangkan definisi, komponen serta cara menggunakan alpha indicator ini.
Apa itu Alpha Indicator
Alpha indicator merupakan satu alat yang memberikan maklumat berkenaan sesuatu saham dan memudahkan para pelabur untuk membuat keputusan dalam pelaburan. Secara amnya, alpha indicator menggunakan konsep rating bagi menentukan sama ada saham itu baik ataupun tidak. Terdapat 4 petunjuk di dalam konsep rating yang disenaraikan seperti dibawah :
- Positive : Rating Score 8-10 / Berwarna Oren
- Neutral : Rating Score 4-7 / Berwarna Kuning
- Negative : Rating Score 1-3 / Berwarna Kelabu Pekat
- No Data : Tiada rating / Berwarna Kelabu Cerah
Oleh itu, dengan melihat pada rating score ini dapat memberikan satu sentimen positif terhadap pelabur untuk membeli saham yang mereka inginkan. Malah konsep rating ini telah diiktiraf oleh Thompson and Reuters.
Komponen Di Dalam Alpha Indicator
Di dalam alpha indikator, terdapat 5 komponen yang digariskan untuk memberikan Overall Rating Score. Senarai komponen tersebut adalah seperti dibawah :
- Earning
- Fundamental
- Valuation
- Risk
- Momentum
Earning akan menerangkan tentang pendapatan yang telah dijana oleh syarikat itu pada jangkamasa secara suku tahun dan juga tahunan. Anda boleh tahu sama ada syarikat tersebut menjana keuntungan yang baik atau tidak berdasarkan sistem rating yang diterapkan.
Fundamental pula menerangkan tentang kekuatan syarikat itu sendiri. Ia mengambil kira empat faktor untuk mencipta overall rating syarikat tersebut. Faktor tersebut adalah keuntungan, hutang, kualiti pendapatan dan dividen. Jika semua faktor tersebut menunjukkan kadar yang positif, maka overall rating faktor fundamental akan mendapat rating yang positif.
Valuation pula akan membandingkan nilai relatif syarikat dengan syarikat yang lain didalam industri yang sama. Ianya dipanggil juga sebagai peer-to-peer analysis. Sebuah syarikat dikira kuat apabila berjaya untuk perform lebih tinggi dari rakan-rakan syarikat yang lain.
Risk akan membincangkan sama ada syarikat itu mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dari segi business model yang diceburi oleh syarikat tersebut. Sebagai contoh, jika syarikat tersebut menceburi sektor consumer, maka risikonya dikira rendah. Manakala jika syarikat tersebut terlibat dengan pelaburan hartanah, maka risikonya dikira tinggi.
Momentum adalah elemen yang membincangkan kerancakan harga saham itu. Semakin tinggi rating momentum, semakin tinggi kerancakan harga saham tersebut. Oleh itu, ia antara filter yang penting bagi pelabur pelabur yang inginkan capital gain dalam jangka masa pendek.
Selepas semua elemen memberikan kiraan rating yang tersendiri, maka semua rating tersebut akan digabungkan dan memberikan average score saham itu sendiri. Maka , para pelabur boleh mengambil keputusan untuk melabur dalam saham yang mempunyai rating yang positif dan mengelakkan diri daripada memilih saham bernilai negatif.
Cara Bagaimana Menggunakan Alpha Indicator (Advanced)
Cara paling mudah adalah dengan melihat average score sahaja. Seorang pelabur yang mempunyai risk apetite yang rendah boleh fokus kepada saham yang bernilai positif sahaja. Bagi pelabur yang berani untuk mengambil risiko yang sedikit tinggi, mereka boleh memilih saham yang bernilai neutral.
Selain itu, pelabur yang bersifat short term mungkin boleh memberi fokus kepada momentum elemen sahaja. Bursama marketplace boleh melakukan screening dengan memilih momentum pada nilai yang diingini. Saya sarakan untuk fokus kepada rating 7 -10 sahaja jika anda ingin mencari stock yang mempunyai momentum.
Bagi pelabur yang ingin mencari Value Stock, anda boleh fokus kepada elemen fundamental yang positif. Bagi elemen-elemen lain, ia tidak memberi impak yang agak besar kerana anda sedia maklum value stock dipilih bagi mendapatkan keuntungan dividen.
Trader pula boleh fokus untuk mencari growth stock. Bagi trader, fokus mereka adalah capital gain manakala dividen adalah bonus. Oleh itu, anda boleh fokus kepada elemen Earning yang positif serta elemen Valuation yang positif.
Video tentang penggunaan alpha indicator boleh dilihat pada pengakhir artikel ini.
Kesimpulan
Saya telahpun menerangkan kepada anda semua tentang apa itu alpha indicator, elemen yang ada serta cara bagaiamana untuk menggunakan alpha indicator. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam menjadi seorang informed investor / trader yang berjaya. Sekian terima kasih.
Rujukan
- Bursamarketplace
Baca Juga : Keburukan Bermain Forex