Rahsia Cara Melabur Saham Modal Kecil

Bismillahirrahmanirrahim

Aduh…. modal ada RM 3,000 je, boleh ke melabur ni? KIta mungkin tertanya tanya kan, cukup ke kalau dengan sekadar RM 3,000 untuk melabur dalam pasaran saham. Jawapannya boleh. Malah, anda boleh engage dalam aktiviti trading. yang selalu digembar gemburkan memerlukan modal besar. Artikel kali ini akan tunjukkan kepada anda rahsia cara melabur saham modal kecil ok?

Jenis-Jenis Trading dan Jangkamasa

Sebelum kita terangkan tentang cara melabur saham modal kecil, kita lihat dulu bagaimana sesuatu posisi itu boleh ditakrifkan sebagai trading. Sebarang pembelian dan penjualan saham yang berlaku dibawah setahun dikira sebagai trading manakala untuk melabur seseorang perlu untuk hold saham milik mereka melebihi daripada satu tahun.

Dibawah trading itu sendiri boleh diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu :

  1. Scalping : Memerlukan modal yang besar dan akan close asalkan harga bertukar positif dan keuntungan mampu untuk cover caj brokerage.
  2. Intraday : Memerlukan modal yang kedua terbesar dan seorang trader akan hold dalam beberapa hari
  3. Swing : Memerlukan modal yang sederhana dan kadangkala seorang trader akan hold berminggu-minggu.
  4. Position : Memerlukan modal yang kecil dan biasanya jangka masa holding selalunya berbulan bulan.

Cara Melabur Saham Modal Kecil

Ada banyak cara untuk melabur saham walaupun dengan modal yang kecil. Saya akan senaraikan terlebih dahulu option yang ada kemudian saya akan terangkan satu persatu.

  1. Melabur dalam unit amanah ekuiti
  2. Lakukan teknikal analisis pada timeframe Weekly
  3. Melabur saham pada broker yang menawarkan fractional share

Jika anda mempunyai modal yang sangat kecil, anda boleh melabur dalam unit amanah ekuiti serendah RM 500 untuk pembelian pertama dan RM 100 untuk pembelian seterusnya. Unit amanah sama sahaja seperti saham, tetapi ia mempunyai prinsip diversifikasi membuatkan risiko pelaburan anda telahpun dilandaikan. Boleh sahaja untuk lakukan analisis seperti sentiment, fundamental serta teknikal analisis untuk memilih fund serta harga yang terbaik untuk profit. Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya untuk guide bagaimana untuk bermula dengan pelaburan unit amanah ekuiti.

Cimb Islamic Dali Equity Growth Fund

Kedua, anda boleh trade tetapi gunakan timeframe Weekly ataupun Monthly sebagai pilihan utama timeframe anda. Apabila anda melakukan analisis pada timeframe yang besar, secara tak langsung konsep scale out telah diserap ke dalam timeframe tersebut. Bayangkan, jika signal anda adalah menggunakan Candlstick reversal signal dan jarak entri dan SL anda hanyalah sebanyak 0.02 sen sahaja jika di Daily, tetapi jika di Weekly, jaraknya akan meningkat sehingga 0.06 sen contohnya. Oleh itu anda hanya perlukan modal yang kecil sahaja untuk anda beli saham tersebut.

Ketiga anda boleh membeli saham pada broker yang menawarkan zero commission dan fractional share. Dengan adanya zero commission anda amat beruntung kerana tiada caj dikenakan bila anda beli dan jual saham tersebut. Selain itu, ciri ciri fractional share juga dapat bantu anda untuk membeli saham mahal dengan modal yang kecil iaitu anda boleh miliki saham tersebut dengan jumlah dibawah satu unit. Broker yang saya cadangkan adalah broker Gotrade.

Gotrade | Commission Free Fractional US Stocks

Keempat anda boleh membeli Warrant. Warrant mempunyai sifat yang sama dengan saham induknya cuma warrant biasanya lebih bergerak laju dan mempunyai harga yang murah. Jika saham induk berharga RM 0.50, mungkin warrant hanya sekitar 0.10 sen sahaja. Walaupun murah, anda tetap boleh mendapatkan pendedahan pergerakan harga yang lebih kurang dengan mothershare.

Kesimpulan

Saya telah mendedahkan rahsia cara melabur saham modal kecil. Jadi, tiada alasan lagi untuk anda tidak bermula kerana step yang paling mudah adalah dengan melabur saham pada unit amanah ekuiti. Diharap perkongsian ini dapat bantu anda menjadi seorang pelabur atau trader yang berjaya walaupun dengan modal yang kecil. Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Cara Beli Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →