Dua Cara Beli Unit Trust Untuk Anda

Bismillahirrahmanirrahiim

Pelaburan unit trust merupakan satu pelaburan berisiko sederhana yang sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam membangunkan portfolio pelaburan dengan berkesan. Produk seperti ini ibarat memberikan satu penyelesaian kepada mereka yang ingin terdedah dengan pelaburan yang berisiko tinggi tetapi dapat direndahkan melalui konsep diversification. Artikel kali ini akan menerangkan tentang dua cara beli unit trust untuk anda.

Dua Cara Beli Unit Trust

Umumnya, bagi saya hanya ada dua sahaja cara beli unit trust iaitu :

  1. Belian Secara Online
  2. Belian melalui Unit Trust Consultant

Setiap cara mempunyai kelebihan masing-masing dan saya akan gariskan kesesuaiannya berdasarkan kepada keperluan pelabur itu sendiri.

Beli Unit Trust Secara Online

Belian secara online ini adalah suatu kaedah DIY ataupun Do it Yourself. Ini bermakna anda haruslah membaca sendiri prospektus, memahami semua isi kandungan dan membuat analisis tersendiri sama ada fund yang anda ingin beli itu adalah berbaloi ataupun tidak. Anda tidak mempunyai Point of Contact untuk berhubung jika ingin bertanya mana-mana soalan baik dari segi teknikaliti ataupun apa apa sahaja yang berkaitan.

Kelebihan membeli secara online adalah anda dikenakan sales charge yang cukup rendah iaitu sekitar 1-2% sahaja. Berbeza dengan belian unit trust melalui consultant, biasanya charge yang dikenakan adalah 5-6%. Banyak beza kan? The best approach sebelum untuk anda membuat duit dalam pelaburan adalah meminimakan berbagai-bagai caj yang dikenakan betul tak?

Online Unit Trust & Trading Platform in Malaysia | FSMOne
FSMONE antara website yang menawarkan pembelian unit amanah secara online

Kini terdapat dua platform besar yang bagi saya boleh membantu anda membeli unit amanah secara sendiri iaitu eunittrust dan juga Fundsupermart. Dua dua website ini adalah website daripada Singapura yang menjalin usahasama dengan syarikat pengurusan unit amanah di Malaysia untuk membeli dana-dana mereka melalui platform yang dibangunkan oleh mereka. Bayangkan, dalam satu website, anda boleh beli macam macam dana daripada berbagai syarikat.

Jadi, siapakah yang sesuai untuk membeli secara online atau sendiri? Jawapannya adalah sesuai bagi pelabur yang berpengalaman dan tahu bagaimana untuk menguruskan portfolio pelaburan mereka tanpa dibantu oleh mana-mana Consultant. Cara beli unit trust secara online ini sangat tidak sesuai bagi mereka yang tidak ada kemahiran, kepakaran serta pengalaman dalam mana-mana bidang pelaburan.

Beli Melalui Unit Trust Consultant

Cara beli unit trust yang kedua adalah melalui consultant. Consultant merupakan seorang wakil berlesen dari sesebuah syarikat yang menawarkan khidmat nasihat pelaburan unit amanah kepada para client mereka. Dengan adanya consultant, mereka akan bantu anda untuk menetapkan objektif pelaburan anda serta memadankan produk pelaburan yang besesuaian dengan anda. Semua soalan anda boleh utarakan kepada consultant dan mereka bertanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada anda sebelum anda membuat keputusan untuk melabur.

Namun, terdapat beberapa risiko yang harus anda sedari apabila membeli unit amanah melalui consultant. Biasanya anda dikenakan Sales Charge yang tinggi iaitu sekitar 5-6 percent. ianya sebagai bayaran khidmat nasihat yang diberikan oleh mereka kepada para klien. Oleh itu, anda harus mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi untuk anda cover kos sales charge yang besar.

Become an Eastspring Unit Trust Consultant
Seorang consultant akan bantu anda untuk set objektif serta memadankan produk pelaburan anda. Gambar Eastpring

Kedua berkemungkinan anda akan bertemu dengan Consultant yang tidak bertanggungjawab yang mana mendorong anda membeli sesuatu unit amanah yang bukan sesuai dengan tingkat risiko anda melalui berbagai cara seperti Overhype dan Push Selling. Malah ada consultant yang tidak meneruskan khidmat mereka selepas pelaburan telah dilaksanakan iaitu setiap client haruslah menerima laporan pelaburan sebanyak dua kali daripada syarikat pengurusan unit amanah.

Cara beli unit trust melalui consultant sangat sesuai untuk mereka yang zero knowledge dalam pelaburan. Ada baiknya anda membayar sedikit charge untuk khidmat nasihat professional daripada anda menggadaikan masa depan anda dengna melabur dalam unit amanah yang tidak sesuai dengan objektif pelaburan anda sendiri.

Kesimpulan

Cara beli unit trust bergantung kepada tingkat kefahaman kita sebagai seorang pelabur. Jika anda sememangnya pelabur berpengalaman, membeli secara DIY melalui platform online adalah sangat digalakkan. Namun jika anda seorang yang baru, tiada atau mempunyai hanya asas pelaburan, gunakanlah khidmat consultant walaupun cajnya agak mahal. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Hukum Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →