Bismillahirrahmanirrahiim
Nama je gempak tapi sebenanrya senang. Aku dulu guna tapi tak tau istilah sebenar. Cara dia adalah kita tengok overall market berdasarkan kepada pergerakan mother index. Itulah Market Breadth. Market breadth ni bagus untuk geng-geng short term trading sahaja. Kalau swing mungkin boleh buat tak endah je kot. Kebanyakan broker dah memang ada dah summary untuk market breadth ni.
Macam aku dulu suka tengok close KLCI. Kalau dia positif, tambah lak sectorial index positif, aku belasah la. Aku justify ada momentum. Tapi kadang boleh pakai kadang tak gak. Ikut lah nasib macamana. Namapun analisis, bukan benda yang pasti. Bukan yang setiap kita buat mesti jadi. Tak. Itu semua ketentuan ALLAH SWT. Basically market breadth digunakan untuk compare data berapa banyak stock yang up, stock yang down serta stock yang stall.
Antara cara yang biasa orang gunakan untuk tengok market breadth ni seperti dibawah
- Indikator Mc Clellan
- Advance Decline Line
- Tick Index
- Arm Index
Benda ni sama je macam indikator yang kita belajar semua tu. Senang je nak baca. Ada overbought ada oversold, ada zero line, ada crossover. Cuma setiap indikator ada formula kiraan tertentu. Macam Advance Decline line, diorang guna data dari berapa banyak stock yang advance berbanding dengan stock yang decline. Ada gak yang amik volume ditambah dalam kiraan formula mereka.
Kalau korang jenis intraday atau swing dalam seminggu dua, aku rasa market breadth ni memang sesuai dengan korang. Ia ibarat memberitahu korang apa mood pasaran pada hari tersebut. Senang citer, ada jugak yang panggil market breadth ni sebagai market sentiment. Cuma bila kita nak bahaskan market sentiment ni, dia cukup besar, kadang-kadang main sekali dengan makro ekonomi.
Untuk swinger, korang rileks rileks je, stick dengan plan korang tu je ok. Market breadth ni tak yah amik pusing sangat. Sebab ia akan berubah setiap hari, ada hari dia hijau ada hari dia merah, ada hari dia stall. Yang selalu pening adalah geng geng intraday player. Diorang ni kena picit kepala sikit kalau market breadth tak selari dengan analisis diorang.
Semoga ALLAH SWT kurniakan kita semua rezeki yang baik dan berkah. Amiin.