Bagaimana Nak Bina Mental Trader Yang Power

Bismillahirrahmanirrahim

Psikologi adalah salah satu elemen yang cukup lama untuk aku asah. Malah, sampai sekarang pun aku masih lagi ada masalah bila berdepan dengan loss result ni. Walaupun aku faham ia adalah game of probability dan rezeki adalah milik ALLAH SWT, aku akui aku cuma insan biasa, yang akan sedih bila hal hal buruk berlaku.

Antara cara aku bina mental trader yang power adalah aku gunakan modal yang aku sanggup rugi. Selebihnya aku letakkan dalam instrumen pelaburan macam Unit Trust. Aku pilih unit trust sebab produk tersebut dah datang dalam satu set. Aku tak payah pening nak structure, bidak modal nak balancing, nak trim tak payah. Satu produk terus setel. Malah ada fund manager yang tolong handpick stock.

So, aku dah mengurangkan rasa sedih tu apabila aku limitkan fund aku. Even antara cara untuk aku bina mental trader adalah aku tak compound pun akaun aku. Ada profit aku campak dalam unit trust. Lepas tu maintain je amaun RM 10k dalam akaun. Kalau loss aku tunggu harga breakeven dulu, baru aku withdraw profit.

A Guide to Trading Psychology
Kredit Dailyfx

Aku faham, nak buat duit dengan trade ni agak sukar dengan modal yang kecil beserta tiada leverage. Nak harap IPO, macam cabutan bertuah lak nak dapat membeli, plus tak pasti lagi IPO tu letup. Tapi aku gunakan modal yang kecil ini untuk aku train sampai ALLAH SWT berkenan nak kasi aku power. Aku tak kesah sangat power ke tak sebab semua tu milik ALLAH, cuma aku nak rasa berpuas hati, apa yang aku usahakan ALLAH tunjuk resultnya dan aku boleh kongsi dengan semua/

Ni nasihat aku untuk orang baru yang baru sahaja menceburkan diri dalam dunia trading

  1. Jangan meminjam
  2. Guna modal yang sanggup rugi
  3. Trade dekat Global dulu sebab laju dan zero comission
  4. 3 kali loss streak, berhenti trade, gi buat grab

Semoga sedikit perkongsian aku ni dapat lah memberi manfaat kepada korang semua. Inshaa ALLAH

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →