Cara Menjadi Swing Trader Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Swing trader merupakan salah satu daripada empat jenis trader yang terdiri darpada Scalper,Intraday, Swinger, Position. Baru baru ini mengapa ramai yang berminat untuk menjadi swing trader yer? Apa kelebihannya sehingga membuatkan ia menjadi pilihan orang ramai? Artikel kali ini akan membahaskan cara menjadi swing trader saham.

Kelebihan Menjadi Swing Trader Saham

Ok, kenapa swing mula menjadi pilihan orang ramai? Pertama swing trader ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bekerja. Dalam erti kata lain, swing trader boleh dikatakan sebagai part time job tanpa meninggalkan pekerjaan yang sedia ada. Contohnya, jika anda bekerja sebagai kerani pada siang hari, maka pada malam hari anda boleh lakukan analisa dan boleh terus pending order pada malam tersebut jika ada entry. Secara tak langsung anda akan ada dua Source of Income dalam satu masa.

Kedua, swing trader tidak memerlukan anda meneliti kaunter saham secara terlalu kerap. Apabila anda membeli sesuatu kaunter, jangkamasa yang diperlukan untuk hit tp biasanya dalam sebulan dua. Dalam erti kata lain, modal anda pun dah lock dalam kaunter tersebut dan anda hanya boleh trade 3 hingga 5 kaunter sahaja dalam satu masa. Makin sikit entry anda, maka makin rendah kos anda membeli dan menjual saham bukan?

Terakhir, swing trader lebih kepada hobi, berbanding main source of income. Anda tak perlu sehingga berjam jam untuk untuk menentukan kaunter mana yang anda ingin trade kerana teknikal analisis very straight forward. Berbanding dengan fundamental analisis, anda harus membaca laporan kewangan dan membuat rumusan adakah sesebuah syarikat tersebut boleh pergi lebih jauh pada masa akan datang.

Cara Menjadi Swing Trader Saham

Ok, kita akan terus bincangkan apakah faktor faktor yang diperlukan untuk menjadi swing trader saham. Dibawah saya senaraikan beberapa keypoint yang akan diperjelaskan selepas ini.

  1. Pemilihan Timeframe
  2. Modal yang diperlukan
  3. Karakteristik Saham

First, kita tentukan dahulu apakah timeframe yang perlu digunakan sebagai seorang swing trader. Ia menjadi faktor paling utama dalam cara menjadi swing trader saham. Kebiasannya anda harus memilih timeframe yang besar untuk swing dan antara timeframe yang saya cadangkan adalah (D1 dan H4) ataupun (W1 dan D1). Timeframe paling besar akan dijadikan sebagai timeframe direction manakala timeframe yang lebih kecil akan dijadikan sebagai timeframe entry.

Kedua adalah modal yang diperlukan. Berita baik kepada mereka yang mempunyai kekangan modal, jika anda mempunyai modal dibawah RM 10,000, maka anda sesuai untuk menggunakan approach swing trading. Apabila anda melakukan swing trade, sudah pasti jarak entri dan SL anda akan lebih jauh disebabkan data volume dalam Daily timeframe agak besar. Jadi, kiraan Money Management akan cater untuk anda hanya menggunakan sedikit sahaja modal untuk mendapat sasaran profit. Contoh adalah seperti dibawah.

  1. Intraday : Jarak EP ke SL adalah sebanyak 0.02 sen, risiko sebanyak RM 300 per trade, unit yang harus dibeli adalah sebanyak 15,000 unit
  2. Swing : Jarak EP ke SL adalah 0.10. risiko sebanyak RM 300 per trade, unit yang harus dibeli adalah 3,000 unit sahaja.

Bayangkan jika harga saham tersebut adalah RM 1, maka jika anda intraday anda perlukan modal sebanyak RM 15,000 manakala jika anda seorang swign trader, anda hanya perlukan RM 3,000 sahaja untuk melakukan pembelian saham tersebut dan menepati kriteria money management seorang trader.

Cara menjadi swing trader saham yang ketiga adalah karakteristik saham yang diperlukan. Biasanya karakteristik saham untuk trader cuma ada dua sahaja iaitu saham yang high volatility dan juga high volume. Namun sebagai seorang swing trader, ada satu lagi tambahan karakteristik iaitu memilih saham yang mempunyai fundamental ratio yang baik. Untuk lebih mudah, pilih sahaja kaunter yang membuat keuntungan pada Quarter yang paling terbaru.

Mengapa penambahan karakteristik ini diperlukan? Memandangkan jarak entri dan SL dalam swing trader adalah jauh, maka ia memberi “ruang bernafas” untuk harga naik dan turun serta memberikan masa untuk geng geng fundamental untuk membeli dalam jumlah yang besar. Sebab itulah dengan adanya tambahan karakteristik ini, ia mampu memberikan boost kepada pergerakan saham tersebut apabila ada pembelian secara besar besaran berlaku.

Kesimpulan

Jika anda seorang pekerja, tetapi ingin melakukan aktiviti trading saham, maka swing trader adalah satu position yang cukup cocok dengan anda. Anda boleh lakukan analisis pada malam hari dan terus letak pending order. Malah, anda tidak perlu pun untuk monitor saham tersebut setiap hari kerana swing trading memerlukan masa yang panjang sebelum hit TP, tetapi tidaklah sehingga menjangkau lebih dari setahun. Diharap posting kali ini telah menjawab persoalan cara mnejadi swing trader saham. Amiin

Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman Sendiri

Baca lagi : Cara Mengendalikan Emosi Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →