Cara Mengendalikan Emosi Dalam Trading Saham

Bismillahirrahamnirrahiim

Trading adalah aktiviti jual beli saham dengan objektif mendapat keuntungan dari segi capital gain. Dalam erti kata lain, beli murah jual mahal. Selalunya trading bersifat short term dan mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada melabur. Artikel kali ini akan membahaskan tentang cara mengendalikan emosi dalam trading saham,

Musuh Utama Psikologi Trading Dalam Saham

Semua trader suka untuk menekan button Buy berbanding daripada button Sell. Ianya disebabkan keterujaan serta euphoria bahawa belian saham tersebut akan mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri. Namun, cabaran yang paling besar selepas membeli sesuatu saham adalah untuk handle emosi korang selepas itu. Adakah korang cukup kuat untuk melihat portfolio yang sedang memerah atau jika melihat portfolio hijau yang semakin mengurang.

Berikut merupakan masalah biasa trader dalam menguruskan emosi mereka selepas membeli sesuatu kaunter.

  1. Over Confident
  2. Revenge
  3. FOMO
  4. FUD

Sebelum kita bahaskan cara mengendalikan emosi dalam trading, kita kena cari dulu punca punca emosi yang sentiasa menghantui trader seperti senarai diatas. Okay, yang pertama kita akan bercakap tentang over confident. Benda ini akan berlaku kepada trader yang telah mendapat winnin g streak berkali kali. Katakanlah dia beli 10 kaunter, 9 hijau 1 merah.

Apabila dia dah start over confident tahap badak, benda pertama yang dia akan buat adalah menaikkan kadar risiko dari kebiasaan. Selalu dia risk 1% je per trade. Tapi sebab dah asyik dapat winning streak, dia mula la nak naikkan risk 2%. Kenapa nak amik 1 % je kalau sistem gile profitable ye tak? Profit berganda, loss pun boleh berganda tau.

Antonello Camiletti - Futures Trader - TopstepTrader | LinkedIn
Ada masa ko rasa nak tumbuk je screen laptop ko. Kalau bursa ni orang, dah lama masuk ICU sebab kena rumble dengan trader

Benda ni akan berlanjutan bila tiba2 analisis tak ikut kepala dia. Sepatutnya dia kena cut loss sebab dah break level yang dia dah tanda. Tapi kat sini akan muncul pula rasa EGO. Ya la, champion takkan nak cutloss. Dia percaya price boleh naik lagi sebab 9x dia buat, 9x kaunter semua hijau. Dia tak percaya dia boleh loss sebab setup tu dah tahap Nora Danish.

Akhirnya price terus junam, masa tu la dia cut. Dah la cut jauh gile dari entry price, lepas tu risk tinggi lak tu, Loss yang dia dapat habis telan semua profit dia sampai ke tahap break even sahaja. Masa tu mula la nak revenge dengan market. Bila dah start revenge ni, percayalah sahabat trader sekalian, itulah detik permulaan kehancuran akaun anda.

Cara Mengendalikan Emosi Dalam Trading Saham

Nah, kat atas tadi, saya baru cerita pasa satu je emosi iaitu Overconfident. Itupun dah berangkai rangkai membuatkan cukup korang meranapkan akaun korang. Takpe, kita tengok lak bagaimana langkah langkah nak menangani hal hal tersebut.

Apa yang saya cerita ini adalah cara saya secara peribadi bagaimana saya control emosi dalam trading saham. First , kena ada satu sistem yang betul betul kita faham. Tanda kita faham sesuatu sistem trading itu adalah kita tahu apa lemah dia dan tahu apa lebihnya. Dengan tau kelebihan dan kelemahan ni, barulah kita boleh avoid situasi yang tak memihak kepada trading sistem kita dan ambil kelebihan semasa setup yang kita rancang tu muncul.

Kedua, saya ni jenis gatal tangan. Rasa cam kalau boleh nak trade hari hari. Jadi, cara saya mengendalikan emosi dalam trading ni, saya buat rules iaitu backtest sebanyak mungkin. Jika hari itu tak ada setup, saya akan buat berpuluh puluh setup yang favorable dengan trading plan saya. Kadang kadang boleh mencecah beratus setup kalau saya rajin. Bukan sahaja saya dapat elak dari gatal tangan, malah kefahaman saya dengan sistem trading saya pun semakin dalam.

Ketiga, saya jadikan trade ini sebagai part time sahaja. Bukan main stream of income. Saya tau saham ni pergerakan dia slow tambah tambah lagi saya main cash acc, tak ada leverage. If kita nak target per month tu agak sukar jugak sebab kena tengok gak pada faktor ekonomi global dan local. Jadi saya punya timeframe target saya adalah setahun untuk review performance. So saya target untuk dapat 50% dalam setahun.

Keempat, risiko yang saya ambil adalah risiko yang saya mampu terima. Malah, nak lagi cantik, gunakan modal yang sanggup rugi, dan tak ada keperluan untuk gunakan wang tersebut dalam masa setahun. Sekiranya kita rugi, ia adalah risk yang telah kita berani terima dan sekiranya akaun tersebut terus lebur, mana tahukan sebab emosi manusia ni naik turun, din dong, kadang ok kadang tak, at least, ia tak menjejaskan kehidupan kita.

Kesimpulan

Ada banyak cara mengendalikan emosi dalam trading ini. Keyword saya adalah, guna risiko yang bersesuaian, fahami sistem trading sendiri dan banyakkan backtest. Itu sahaja. Tidak ada sistem yang sempurna, cuma ada sistem trading yang lengkap. Terima kelebihan dan kelemahan. dan redha bahawa setiap ketentuan profit atau loss adalah dari ALLAH SWT. Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalaman Sendiri

Baca lagi : Sisi Gelap Kerjaya Perunding Takaful

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →