Bismillahirrahmanirrahim
Semua pelabur tahu bahawa waktu dagangan Bursa Malaysia bermula dari pukul 9 pagi sehingga 445 petang, tidak termasuk waktu tidak aktif seperti pre market dan waktu rehat tengahari. Apa yang ingin dibincangkan adalah bilakah waktu terbaik beli saham bagi seorang pelabur. Jadi, artikel ini akan menjawab persoalan tersebut.
Waktu Terbaik Beli Saham
Waktu terbaik untuk membeli saham adalah bergantung kepada objektif pelaburan dan jenis pelabur itu sendir. Biasanya ia melibatkan time horizon dan ini akan bantu mereka buat keputusan bilakah mereka ingin membeli saham yang mereka ingini. Jadi, saya akan senaraikan dahulu waktu terbaik beli saham.
- Beli ketika pasaran sedang merudum
- Beli ketika pengumuman quarter report
- Beli ketika dividen diumumkan
- Beli semasa candlestick close dengan sempurna
- Beli semasa waktu tidak aktif
- Beli apabila terjadinya signal entri berdasarkan teknikal analisis
- Beli pada waktu Trading Last
Jika anda seorang pelabur, yang mana fokus anda adalah long term investment, maka para nombor 1 sehingga no 3 adalah sesuai untuk anda. Sebagai seorang pelabur apa yang perlu anda lakukan adalah memberi fokus kepada syarikat syarikat yang mempunyai asas fundamental yang kukuh dan mula mengumpul atau membeli saham mereka semasa harga tengah jatuh.
Pasaran dunia mempunyai naik dan turun, oleh itu risiko market yang sentiasa naik dan turun ini memberi peluang kepada para pelabur untuk menyauk lebih banyak unit semasa market tengah jatuh. Sebagai contoh, Malaysia sedang mengalami fasa kemelesetan ekonomi dan ianya boleh dilihat melalui kadar faedah yang rendah. Disebabkan itu, banyak syarikat yang jatuh dalam kategori cyclical terkesan dengan situasi ekonomi semasa membuatkan harga saham jatuh disebabkan sentimen dari makro ekonomi walaupun syarikat itu mempunyai track rekod yang cantik.
Jadi, itulah waktu terbaik membeli saham syarikat yang baik kerana biasanya semasa ekonomi cantik, harga kaunter syarikat mereka mahal-mahal. Semakin banyak unit yang dapat diperolehi, semakin tinggi dividen yang bakal diterima dan juga semakin besar capital gain yang bakal diraih.
Kedua, semasa pengumuman quarter report, emosi dan sentimen harga kaunter tersebut selalunya bercampur baur. Apa yang anda harus perhatikan adalah apabila QR report keluar dan menunjukkan laporan yang positif, tetapi harga terus merudum akibat aktiviti profit taking, ketika itulah anda membeli saham tersebut. Ia ibarat durian runtuh apabila anda dapat sauk saham syarikat yang baik tetapi dijual dengan harga yang murah.
Ketiga semasa dividen diumumkan. Biasanya apabila dividen diumumkan, harga kaunter akan jatuh sedikit disebabkan account adjustment. Semasa kejatuhan itulah waktu terbaik membeli saham kerana syarikat yang boleh membayar dividen menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai fundamental syarikat yang baik dan mampu membayar dividen kepada pemegang saham mereka.
Para keempat sehingga tujuh sangat sesuai kepada trader short term ataupun intraday. Mereka akan fokus kepada teknikal analisis yang mana ramai orang tahu objektif teknikal analisis adalah untuk menangkap pergerakan harga pada durasi masa yang pendek. Apa yang penting, waktu terbaik beli saham adalah ketika berakhirnya candlestick close. Candlestick close pula berdasarkan time frame apa yang anda lihat. Sebagai contoh, jika anda memilih TF H1, maka candlestick akan close setiap satu jam manakala jika anda pilih TF D1 maka candle akan close pada setiap hari akhir dagangan.
Candlestick close yang telah sempurna memberikan maklumat yang lengkap tentang pergerakan harga semasa. Jika candle belum close, maka formation candlestick tersebut tidak confirm lagi. Contohnya anda malas nak tunggu candle close dan lihat macam ada pembentukan CRS yang memberi signal rebounce. Jadi anda pun masuk untuk entri namun malangnya apabila candle close, ia membentuk satu bearish marubozu dan akhirnya anda lost.
Selain itu, waktu terbaik membeli saham bagi trader short term adalah ketika market tidak aktif. Masa itu, pergerakan harga sudah berhenti dan dia mempunyai masa yang sesuai untuk melakukan analisa dan mula akan placing order apabila harga mula bergerak ketika waktu market aktif. Biasanya mereka akan memasukkan order mereka untuk beli saham waktu malam kerana sistem trading sekarang akan placing secara auto pada keesokan harinya.
Terakhir beli semasa trading at last. Trading at last bermula pada jam 450 petang dan transaksi akan berlaku pada harga yang telah dikunci pada masa tersebut. Kebanyakan trader yang mengamalkan BTST akan cuba buy pada waktu tersebut. Dengan membeli cara seperti ini, mereka akan cuba tangkap mana-mana kaunter yang berpotensi untuk membuat gap pada keesokan harinya.
Kesimpulan
Artikel ini telah menjawab tentang bilakah waktu terbaik beli saham. Secara keseluruhannya, soalan ini bersifat subjektif dan mempunyai jawapan yang berbeza beza sesuai dengan objektif keuntungan trader itu sendiri. Diharap ia dapat bantu anda semua dalam mencari timing terbaik untuk melakukan entri.
Sumber : Pengalaman dan inisiatif sendiri
Baca lagi : Apa itu Clearing House