Jenis Order Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Order merupakan arahan yang diberikan oleh client kepada broker sama ada ingin menjual atau membeli aset yang dimiliki. Namun tahukah anda terdapat empat jenis order saham yang boleh digunakan? Setiap order mempunyai karakter tersendiri dan anda harus tahu bagaimana untuk menggunakan setiap fungsi order tersebut. Artikel kali ini akan menerangkan kepada anda tentang semua jenis order saham tersebut. Bagi akses yang lebih cepat, anda boleh tonton video yang saya kepilkan.

Empat Jenis Order Saham

Secara amnya keempat-empat order saham tersebut adalah seperti berikut :

  1. Buy Limit Order
  2. Buy Stop Order
  3. Sell Limit Order
  4. Sell Stop Order

Buy Limit Order bermaksud anda membeli sesuatu saham pada harga semasa ataupun lebih rendah. Sebagai contoh, harga semasa adalah RM 1 dan anda letakkan Buy Limit Order pada harga RM 0.80. Apabila harga kaunter mula turun sehingga mencecah RM 0.80 ke bawah, maka barulah order anda akan match. Order akan match pada harga yang terbaik yang ditawarkan oleh market pada ketika itu. Kebanyakan pengguna buy limit order adalah mereka yang suka membeli pada kawasan Support. Untuk menentukan kawasan Support, ia bergantung kepada teknik analisa teknikal masing masing. Ada yang menggunakan market depth dengan melihat ketebalan bid que yang paling tinggi sebagai support.

Buy Stop Order pula adalah anda membeli sesuatu saham pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa. Contohnya, kaunter X berharga RM 1 dan anda ingin membelinya pada harga RM 1.20. Apabila harga kaunter X mencecah RM 1.20 ke atas, barulah jenis order saham anda akan match. Selalunya trader yang menggunakan fungsi Buy Stop Order ini adalah trader yang suka kepada breakout confirmation. Jika harga kaunter melepasi paras resistance, maka mereka akan beli atau meletakkan buy stop dikawasan resistance.

Sell Limit Order sering dikaitkan dengan Target Price dan juga Take Profit. Order ini menunjukkan bahawa anda ingin menjual sesuatu kaunter pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa. Sebagai contoh, anda beli kaunter X pada harga RM 1 dan ingin menjualnya pada RM 1.20 untuk mengambil profit kenaikan sebanyak 0.20. Apabila price berjaya naik sehingga RM 1.20 ke atas, maka order anda akan dilaksanakan. Semua pegangan saham anda akan dijual berdasarkan lot yang anda letakkan dan jualan tersebut telah menjadi realized profit dan bukan lagi paper profit.

Sell Stop ataupun Stoplimit pula selalu digunakan sebagai Stoploss bagi pelabur. Order ini akan diletakkan dibawah daripada harga semasa. Sebagai contoh, jika anda membeli kaunter X pada harga RM 1, maka anda akan letakkan Sell Stop dibawah dari RM 1, let say RM 0.80. Order akan akan match apabila harga berjaya hit RM 0.80 dan kebawah. Oleh itu, kerugian anda dapat dihadkan sehingga harga RM 0.80 dan akan bantu anda daripada mengalami kerugian yang lebih besar. Fungsi ini sesuai digunakan bagi mereka yang tiada masa untuk mengawasi pergerakan saham semasa market aktif.

Selain itu, sell stop juga dikenali sebagai trailing stop dalam jenis order saham. Jika harga telah naik sehingga berada dalam keadaan positif, anda boleh letakkan sell stop untuk menghadkan kejatuhan profit yang sedia anda. Contohnya, anda membeli kaunter X pada harga RM 1 dan harga terkini adalah RM 1.50. Jadi anda letakkan Sell Stop yang juga dikenali sebagai trailing stop pada harga RM 1.40. Jika harga jatuh ke paras RM 1.40, maka saham anda akan dijual serta mereta dan profit tersebut akan terus masuk ke akaun anda.

Kesimpulan

Saya telahpun menerangkan kepada anda empat jenis order saham yang perlu anda pelajari. Setiap order mempunyai karakteristik yang tersendiri dan anda harus tahu bagaimana untuk menggunakan semua order tersebut. Sekian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

Rujukan : Babypips.com

Baca Lagi : waktu terbaik beli saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →