Bismillahirrahmanirrahim
Saham mempunyai berbagai jenis yang mana jika korang baca dengan lebih mendalam, korang akan dapat lihat setiap karakteristik jenis saham berikut. Cuma hari ini aku nak menjawab apa itu fractional share yang hangat diperkatakan. Katanya dah banyak orang boleh saham mahal-mahal hasil dengan penggunaan fractional share. Artikel hari ini aku akan kupas serba sedikit berkenaan dengan fractional share.
Apa itu Fractional Share
Fractional Share merupakan common share tetapi mempunyai nilai dibawah 1 lot atau 1 unit. Dalam erti kata lain, bila kita beli common share yang lebih kecil dari 1, angka dia mungkin akan jadi seperti 0.000512 share dan sebagainya. Fractional share ni rasanya baru lagi, dan ia salah satu inisiatif untuk merancakkan lagi pasaran saham dengan penglibatan dari retail trader bermodal kecil.
Bagaimana Fractional Share Terhasil
Ada banyak cara fractional share boleh berlaku. Dibawah merupakan contoh yang lazim bagaimana ia terhasil
- Melalui corporate exercise iaitu Share Split
- Melalui konsep Dollar Cost Averaging
- Melalui Dividend Reinvestment
- Melalui Merging and Acquisition
Corporate exercise seperti share split biasanya akan menyebabkan saham akan menjadi bentuk perpuluhan. Sebab itu fractional share terhasil. Sama juga seperti dollar cost averaging, apabila seseorang itu consistent untuk membeli sesuatu saham pada jumlah yang tertentu, misal kata USD 100, dengan faktor harga saham yang turun naik menyebabkan fractional share terhasil.
Korang pernah dengar dividend reinvestment? Ala selalu terjadi dalam unit trust, so dari situ pun boleh terhasilnya fractional share. Contoh dividen yang diterima adalah USD 1, tetapi harga saham adalah USD 5 seunit, maka korang akan dapat saham yang mempunyai nilai dibawah 1 unit.
Karakteristik Fractional Share
Seperti yang aku sebut sebelum ini, karakteristik utamanya adalah saham yang bernilai kurang dari 1 unit. Selain itu, fractional share tidak mempunyai hak seperti common share yang biasa iaitu hak untuk mengundi dan juga hak untuk mendapatkan dividen. Oleh itu, sumber keuntungan yang boleh dijana melalui fractional share hanyalah melalui capital gain sahaja.
Konsep fractional share ini cukup membantu retail trader yang bermodal kecil, yang mana tidak ingin menggunakan fasiliti margin, tetapi ingin memiliki saham saham yang berharga premium. Antara contoh saham yang mahal adalah seperti Google yang berharga USD 2,564. Dengan adanya fractional share, walaupun korang ada USD 100, masih boleh membeli saham Google dan estimate fractional share yang korang akan perolehi adalah 0.039 share.
Boleh ke fractional share menjadi common share? Jawapannya boleh. Misal kata korang beli saham ABC dan dapat 0.5 share. Bulan depan korang beli lagi 0.5 share menjadikan saham tersebut berjumlah 1 unit. Apabila saham tersebut telah berubah kepada 1 unit, maka korang akan mempunyai hak untuk mengundi dan layak mendapat dividen.
Kesimpulan
Aku dah menjawab persoalan apa itu fractional share serta karakteristik yang wujud bersama sama dengan share ini. Bagi aku, ia satu tindakan yang sangat bijak kerana satu ia dapat merancakkan lagi penglibatan retail trader, kedua ia memberikan pilihan kepada retail trader untuk membeli saham saham yang bersifat bluechip yang sebelum ini dianggap mahal, dan ketiga, ia merendahkan risiko retail trader dengan tidak terjebak dengan penggunaan margin.
Alahaiii bila la bursa Malaysia nak ada fractional share kan? Alhamdulillah
Sumber : Investopedia, Gotrade dan Pengalaman Sendiri
Baca lagi : Cara bina portfolio saham