Cara Bina Portfolio Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Seorang pelabur yang baik harus tahu bagaimana untuk membina portfolio saham mereka. Terdapat kaedah yang tersusun bagaimana untuk membina portfolio saham yang baik. Yang penting adalah menentukan terlebih dahulu objektif pelaburan kerana ia merupakan kepala kepada semua langkah langkah yang lain. Artikel kali ini akan bantu anda untuk bina portfolio saham anda berdasarkan objektif pelaburan anda.

Langkah-Langkah Dalam Membangunkan Portfolio Saham

Sebelum aku kupas dengan lebih detail, aku senaraikan dahulu langkah langkah yang diperlukan untuk korang bina portfolio saham. Jika kita cakap pasal portfolio ini, ia lebih kepada geng geng pelabur ye. Sebab pembangunan portfolio ni tidak lain tidak bukan untuk lessen the negative impact je. Sebab tu lah datang ayat dont put all egg in one basket. Untukt trader tak perlu nak bangunkan portfolio ni bagi pendapat aku la, sebab trader ni short term dan hanya fokus kepada setup sahaja.

  1. Tentukan objektif pelaburan
  2. Tentukan jangkamasa pelaburan
  3. Tentukan tahap risiko
  4. Tentukan sektor untuk dilabur
  5. Tentukan kaedah averaging
Revamping My Investment Portfolio With My Financial Planner (2021) -  mr-stingy
Contoh pembangunan portfolio. Kredit Mr Stingy

Tentukan Objektif Pelaburan

Dalam bahasa pasar, berapa banyak yang ko nak untung ni. Haa kan mudah gitu. Kalau ikut bahasa buku rasa macam susah je nak faham kan. Benda ni kena tanya diri sendiri la. Tapi kadang-kadang kita pun tak tahu berapa yang kita nak kan? Let say lah kita letak target nak untung dalam 50% setahun. Adakah benda ni logik? Bagi trader benda ni logik bagi investor mungkin susah sket.

Pelabur banyak park kemudian tunggu. Sebab tu agak sukar gak la nak rembat 50% setahun, melainkan tahun tersebut tengah bull run. Tutup mata tekan buy pun ada kebarangkalian besar untuk profit. Tapi bagi aku kalo invest ni try untuk target 30-40 percent dulu. Percentage keuntungan ni pula bergantung kepada profile risk korang gak. Kalau jenis low risk, memang susah la tapi risiko rendah kan?

Ada juga yang nak steady income, bila kita cakap steady income automatik kita refer kepada dividen la, yang capital gain no 2. So terpulang kepada selera masing-masing. If nak belasah dividen pun mantap juga, sebab selagi ko pegang saham tu, selagi tu lah kompeni akan bayar dividen. Kalau 10 tahun ko pegang, 10 kali la dia bayar tak gitu. Siap boleh diwariskan lagi.

Tentukan Jangkamasa Pelaburan

Ok, minima nak melabur mesti setahun ke atas. Jadi, korang peramlah saham korang setahun ke atas ye. Bukan hari hari buka CDS tengok apa jadi. Sekali sebulan pun dah OK dah, saja nak kasi akaun CDS korang aktif ada history login. Kalau tak, susah lak akaun CDS orang ingat dah dormant. Ini mungkin sedikit guide untuk korang setting berapa lama jangkamasa pelaburan yang boleh diambil

  1. 1 tahun -2 tahun . Consider the shortest Investment la ni
  2. 3-5 tahun. Ini kira medium
  3. 5-10 tahun. Hardcore investor. Peram sampai berlumut

Tentukan Tahap Risiko

Jadi, berapa banyak yang korang nak tadi kena selari dengan tahap risiko korang. Risiko biasanya ada tiga sahaja iaitu low medium dan high risk sahaja. Korang kena tentukan apakah risk portfolio saham korang dan mesti selari dengan objektif korang tadi. Kalau rasa tak boleh tengok rugi besar, amik low risk, kalau rasa tak kesah duit burn, amik high risk, kalau ko tak tahu apa yang perlu dibuat amik medium risk je.

Determining Risk and the Risk Pyramid
Ni konsep risk yang lebih complex. Kredit Investopedia

Tentukan Sektor Untuk Dilabur

Nah, sekarang korang akan tentukan lak apa sektor yang nak korang labur. Sektor ni ada 11 tapi boleh pecah kepada dua iaitu Cyclical dan Non Cyclical. Cyclical ni bermaksud sektor yang mengikut perkembangan ekonomi semasa. Jika ekonomi meleset banyak kaunter sektor ni akan jatuh mendadak, tapi bila ekonomo tengah boom, semua hijau macam padang rumput.

Berbeza dengan Non Cyclical, apa jadi pun dia akan tetap utuh dan teguh. Cuma pergerakan harga saham dia agak boring la sebab dia tak eksited. Dalam erti kata lain, kalau ko jenis low risk, rembat la Non Cyclical kalao ko high risk, boleh select Cyclical. Kemudian, bila dah pilih sektor boleh la korang pecah pecahkan berapa banyak nak labur dalam sektor sekian sekian.

Bila dah tau sektor mana nak masuk, masa ni lah cari kaunter yang berpotensi. Contoh, korang ni jenis high risk, nak belasah kaunter Technology which is Cyclical, terus korang rembat kaunter Evergreen sebab bila buat analisa fundamental ia masih murah dan ada potensi untuk berkembang. Pastu mungkin korang nak beli kaunter teknologi lain lagi, amik Mieco pulak, pun boleh. Bila beli banyak kaunter ni elemen diversifikasi tu dah dipatuhi la kan?

Kalau korang jenis low risk, terus je cari kaunter kaunter Non Cyclical, contohnya sektor Consumer. Banyak saham consumer yang boleh korang amik contoh AEON ke, BONIA ke. KAMDAR ke. Tu semua kalau ekonomi tunggang terbalik pun, perniagaan diorang still berdiri lagi. Contoh KAMDAR, orang masih beli baju lagi even virus Corona melanda dunia.

Cyclical vs Non-Cyclical stocks | Investeek
Beza antara dua elemen. Kredit Investeek

Tentukan Averaging Style

Ini step paling akhir tapi ramai yang tak amik port dan tak dapat nak implement. Kenapa sebab kekurangan modal. Ya aku pun akui memang susah nak average bila ko dah create portfolio saham ni sebab semua duit dah guna untuk diversified. So ko takde sisa capital nak average. Tapi if korang punya portfolio jenis concentrate on satu saham, maka ada peluang la.

Untuk average ni banyak cara, cuma kita amik cara yang biasa la ye. Bagi aku cara terbaik adalah korang kena ada 3 bullet at least untuk average. Cara ini aku ambil berdasarkan pergerakan Elliot Wave Theory. So lepas korang beli 1 saham tu, pastikan boleh beli lagi saham tu sebanyak dua kali if harga jatuh. Kalau korang pegang 5 saham, at least korang ada 15 bullet untuk average.

Kesimpulan

Jika korang orang baru, memang pening nak develop portfolio saham ini. Tapi bila ko dah master develop portfolio saham ni, fund manager bank pun ko boleh tapaw selamba but at least par ngn diorang. Apa yang aku gariskan kat atas ni bukanlah sempurna pun, sebab aku retail trader sahaja. Berbeza dengan fund manager diorang memang dah belajar camne nak develop portfolio saham. Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman, buku, Investopedia, Mr stingy

Baca lagi : Law of Large Number

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →