Teknik T+ Sama Je Dengan Rising Pattern

Bismillahirrahmanirrahiim

Tak dinafikan dalam dunia trading, akan jumpa macam-macam teknik yang ada macam-macam istilah dan bahasa. Salah satu teknik short term trading yang aku pernah belajar adalah teknik T+. Tapi menariknya, apa yang aku tengok teknik T+ ni sama je dengan konsep Triple Candle Stick Pattern, iaitu Rising Pattern. Kalau korang tak percaya boleh bandingkan antara kedua setup tersebut.

Teknik T+ ni secara amnya kita menggunakan psikologi player-player contra yang mana kita tau geng-geng contra ni timeframe diorang kecik sahaja sebab nak elakkan daripada membayar premium hasil daripada penggunaan leverage yang diorang apply dengan broker. Umat islam dinasihatkan untuk tidak terjebak dengan leverage ye, pakai cash dah lah. Janji rezeki berkat tak yah pening kepala.

Seingat aku, ada term dalam broker yang cerita pasal berapa lama holding period untuk T+ ni. Ia sama juga dengan rules untuk exchange order antara pembeli dan penjual iaitu ambil masa 3 hari settlement untuk transfer unit saham dan duit. Dalam erti kata lain geng-geng contra cuba nak manipulate masa ni.

Sebab tu diorang perlu tunggu tiga hari selepas kenaikan yang mendadak kerana mereka andaikan lepas tiga hari, harga akan naik dan diorang boleh keluar dalam keadaan profit. Memandangkan diorang pakai leverage, jadi memang asyuklah sekali sebat walaupun 3 bid betul tak.

Ada yang jenis masuk masa T3, ada yang jenis masuk T4. Tapi ramai yang masuk kat T3 sebab kalau kat T4 harga dah tinggi. Tapi bila aku compare dengan pattern Rising Pattern, lebih kurang sama sahaja setup mereka. Cuma melalui teknik T+ ni aku belajar sedikit psikologi yang berada disebalik pembentukan pattern tersebut.

Rising and Falling Three Methods Candlestick Pattern Video
Kredit Finvid
Contoh Teknik T+
Kredit isaham

So, kepada yang baru belajar dengan teknik T+, tak perlu teruja sangat sebab ianya sama sahaja dengan candlestick chart pattern. Cuma cerita-cerita psikologi pasaran tu boleh lah diambil sebab ia sangat membantu untuk korang tekan button buy waktu T3.

Semoga ALLAH SWT mencukupkan rezeki kita semua Amiiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →