Hati-Hati Dengan Berita Buruk Syarikat

Bismillahirrahmanirrahiim

Bila korang trade atau invest ni, korang secara tak langsung kena berhati-hati dengan berita buruk yang terkait dengan syarikat yang korang laburkan tu. Sebabnya, ia akan memberi impak yang cukup besar terhadap harga saham syarikat tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, jom kita ambil satu contoh kenapa kita perlu hati-hati apabila mendengar berita buruk dalam sesebuah syarikat.

Kes : ARTRONIQ

ARTRONIQ Bhd atau dahulunya dikenali sebagai Plastrade Technology Bhd telah disenaraikan di papan Ace Bursa Malaysia pada 15 January 2004. Syarikat tersebut telah melebarkan operasi perniagaan di Kuala Lumpur, Penang dan Ipoh. Tunjang utama perniagaan syarikat ini adalah berkenaan dengan pembekalan kabel, wires dan pipe jacketing serta ICT.

Syarikat ARTRONIQ di Selangor

Untuk dijadikan cerita saham syarikat Anzo Holding Bhd dan juga Plastrade Technology Bhd (ARTRONIQ) telah menjadi bualan orang yang mana satu laporan telah mendedahkan bahawa saham saham ini terlibat dengan skim cepat kaya secara online. Dana-dana skim cepat kaya itu telah dimasukkan kedalam syarikat bagi tujuan untuk dicuci ataupun digubah menjadi sah dalam pasaran. Efeknya, harga saham ARTRONIQ telah merudum dari setinggi RM 0.60 seunit kepada RM 0.10 dari May hingga Jun 17, Sebab itulah kita harus hati-hati dengan berita buruk syarikat.

Kes : Raya International Berhad

Seperti kes ARTRONIQ, ia juga terpalit dengan isu skim cepat kaya. Namun, bagi kes syarikat ini, yang disyaki terlibat dengan skim cepat kaya adalah anak syarikat kepada syarikat tersebut iaitu Water Beaute World Bhd. Ia merupakan pemegang share terbesar dalam syarikat Raya International Berhad. Malah syarikat Water Beaute World Bhd juga telah disenaraikan di dalam Financial Consumer Alert yang telah dikeluarkan oleh BNM, menguatkan lagi sebab untuk pelabur menjual pegangan saham mereka dalam syarikat tersebut.

Kesimpulan

Itulah sebabnya kita perlu hati-hati dengan berita buruk syarikat. Apabila key personal atau key shareholder terpalit dengan isu negatif, pasti ia akan memberi efek yang buruk kepada syarikat yang berkenaan. Malah, jika anda lihat ada anak anak syarikat dalam sesuatu saham yang disenaraikan telah tersenarai dalam Financial Consumer Alert List BNM, itulah masanya untuk anda menjual pegangan anda sama ada dalam keadaan untung atau rugi.

Sumber : How Not To Lose Money In The Stock Market

Baca Lagi : investment style untuk newbies saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →