Bismillahirrahmanirrahiim
Baru-baru ini ketegangan antara Israel dan juga Iran dilihat semakin hangat dan panas. Saya doakan agar ALLAH SWT memberikan kejayaan kepada Iran dalam krisis ini. Amiin. Manakala anda sebagai seorang pelabur, anda harus tahu dan bereaksi apabila krisis ketegangan global ini berlaku kerana sedikit sebanyak ia akan tetap mempengaruhi portfolio anda sama ada global atau tempatan. Jom kita lihat apakah strategi pelaburan semasa perang.
Strategi Pelaburan Semasa Perang
Close dahulu posisi yang sedang Untung : Biasanya semasa perang berlaku, walau sebaik mana sekalipun syarikat tersebut pasti akan ada kejatuhan kerana ramai yang akan panik. Oleh itu close dahulu posisi yang untung sahaja supaya keuntungan yang anda telah kumpulkan tidak terbakar begitu sahaja.
Average Saham Yang Baik : Jika anda ada kaunter yang masih dalam posisi negatif tetapi anda percaya ia mempunyai fundamental yang kukuh, allocate sedikit modal untuk average apabila ada signal analisa teknikal untuk masuk semula dalam pasaran. Dengan ini anda dapat breakeven dengan kadar yang lebih cepat seterusnya membeli pada harga diskaun.
Fokus kepada Saham bersifat Defensif : Saham jenis defensif seperti Utility mempunyai kesan yang sangat sedikit terhadap perang. Walau jadi macamana sekalipun, air, elektrik, makanan dan minuman tetap diperlukan. Oleh itu, beratkan portfolio anda kepada saham defensif.
Tukar Kepada Instrument Yang Lebih Rendah Risiko : Semasa pasaran saham bergolak akibat perang, anda boleh switch modal anda kepada Sukuk ataupun Islamic Fix Deposit. Dengan ini, modal anda tidak idle dalam satu tempat yang tidak memberikan pulangan dan juga tidak terdedah terlalu besar kepada ketidak tentuan pasaran.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda strategi pelaburan semasa perang. Perang memang kita tidak boleh ramalkan bilakah ia berlaku dan bilakah ia bakal berakhir. Apa yang anda perlu lakukan adalah kekal tenang, susun strategi yang berkesan dan bertindak berdasarkan keadaan geopolitik semasa. Diharap artikel ini dapat memberikan nilai tambah kepada anda. Alhamdulillah.

