Bismillahirrahmanirrahiim
Perunding takaful merupakan satu alternatif kerjaya yang boleh dilaksanakan secara part time mahupun full time. Kelebihan yang ketara dengan kerjaya ini adalah kebebasan dalam menguruskan masa bekerja sendiri. Namun tahukah anda sisi gelap kerjaya perunding takaful yang tak ramai orang tahu. Jadi, artikel kali ini merupakan perkongsian dari Tuan Nizam di Twitter dan diolah semula untuk bacaan anda.
Apa itu Takaful
Sebelum kita ceritakan sisi gelap kerjaya perunding takaful, kita perlu tahu dulu takaful merupakan satu bentuk perlindungan yang disumbang ke dalam satu tabung yang mana dikelola oleh syarikat untuk melindungi kita daripada risiko tertentu. Antara perlindungan yang biasa adalah sakit kritikal, kematian dan juga cacat kekal akibat kemalangan.
Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Perunding Takaful
Seseorang boleh menjadi perunding takaful apabila memenuhi syarat yang dinyatakan oleh syarikat takaful atau insurans. Berikut merupakan syarat syarat tersebut :
- Warganegara Malaysia
- Lulus SPM
- Lulus Basic Takaful Exam
Dan ada lagi beberapa proses yang perlu dilalu oleh anda. Tetapi secara asasnya, tiga benda ini harus dilaksanakan sebelum menjadi perunding takaful.
Sisi Gelap Kerjaya Perunding Takaful
Tidak tertakluk kepada perunding takaful, tetapi setiap pekerjaan mempunyai “dark side” tersendiri. Lagi-lagi sektor pekerjaaan yang berorientasikan perniagaan. Malah, yang menambah barah dalam dunia takaful adalah wujudnya bonus bonus overriding macam MLM ini, membuatkan ramai yang tak sabar sabar nak goyang kaki apabila dah ramai ejen dibawah kendalian leader.
Euphoria Leader Takaful
Masalah pertama adalah ada leader yang bersungguh-sungguh untuk menyuruh ejen mereka buat perunding takaful ini secara full time dan meninggalkan kerja yang sedia ada. Kenapa? Apabila ejen dapat banyak client, secara tak langsung, overriding bonus akan diperolehi oleh leader. Walaupun leader tidak dapat approach sesiapa pada bulan tersebut, namun, overriding bonus ini lah yang menjadi income yang menarik bagi mereka.
Oleh itu, leader akan mula memaparkan kehidupan mewah sambil menunjukkan bahawa kerjaya perunding takaful adalah salah satu jalan untuk mencapai financial freedom. Mana taknya, bila dah ramai ejen under korang, memang akan ada satu tahap korang tak perlu buat apa apa. Siapa yang selalu masuk MLM akan faham konsep bonus overriding ni.
Disebabkan asyik dicucuk dengan mentaliti senang buat duit, nak mewah, fleksibel dari segi masa, akhirnya ada yang terjerat untuk berhenti kerja dan buat secara full time. Antara ayat ayat yang sering dicanang adalah “Unlimited Income” “Time Flexible” “Bonus yang tinggi”. Ya, bila kita dengar semua nampak indah, lagi lagi pekerjaan ini adalah pekerjaan yang sah di Malaysia, aktiviti ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.
Hakikatnya, semua orang tahu. Berniaga bukanlah hari hari boleh untung. Ada masa jatuh terjelepuk, malah ada yang jatuh sampai tak boleh bangun. Perunding takaful ini bukan semua orang boleh buat. Kalau yang jenis introvert, tak yakin, memang tak biasa bagi presentation, tak pandai art of convincing, memang dia tak boleh hidup. Suruh belajar? latih diri? bagi saya setiap manusia ada kecenderungan yang tersendiri. If orang tersebut tangannya pada seni tukang, takkan nak jadi perunding takaful secara tiba tiba betul?
Mengekalkan Persistency Rate
Bagi semua yang apply sebagai kerjaya perunding takaful ini, persistency rate merupakan satu kayu ukur bagi menentukan prestasi seseorang perunding takaful. Jadi, sekiranya persistency rate ini jatuh dari kadar 90% maka kebarangkalian yang besar untuk ditendang keluar dan semua client ditarik adalah tinggi. Jadi, untuk menentukan persistency rate ini di tahap par yang baik, maka ada leader yang buat tabungan khas dalam group mereka yang mana jika ada klien yang tak mampu bayar, maka tabungan tersebut akan digunakan oleh mereka.
Malah ada leader yang menyuruh ejen ejen mereka bayarkan dahulu bagi pihak klien yang sudah tidak mampu. Kenapa perkara ini berlaku? Ianya berlaku apabila leader terlampau push sales sehingga menyebabkan ejen ejen amat terdesak untuk dapatkan klien. Cara paling mudah adalah mendapatkan klien dari kalangan ahli keluarga dan juga rakan rakan. Namun, apabila sudah habis semua kawan dan keluarga diajak, sehingga tiada lagi kolam untuk dipancing, akhirnya mereka tak mampu untuk mencar klien baru.
Apabila ejen terdesak, mereka akan gunakan “by all means” untuk dapatkan sales, berbanding menjadi seorang perunding yang betul betul cuba untuk menyelesaikan masalah klien. Sepatutnya, sebelum seseorang klien subscribe sesuatu produk takaful, mereka harus disesuaikan dengan komitmen serta pendapatan bulanan mereka.
Jadi, apabila ejen hanya mengkhabarkan yang indah, asal dapat approach dan klien sahaja, akhirnya klien rasa tertipu atau tidak mampu untuk terus membayar dan akhirnya berhenti daripada membayar. Secara tak langsung masalah ini akan balik kepada diri mereka sendiri. Nak salahkan mereka pun tak boleh, rata rata ejen yang baru ini di tekan dari leader dan akhirnya mereka terpaksa buat apa sahaja untuk capai objektif mereka.
Kesimpulan
Kerjaya Perunding takaful, walaupun nampak gah, tapi sebenarnya sama sahaja. Ia adalah sebuah business nature. Jika diri anda tiada jiwa tersebut, dan hanya sesuai untuk makan gaji, silakan dengan cara anda. Jangan paksa dengan perkara yang anda tidak boleh bawa. Tidak salah pun nak makan gaji. Kita di dunia ini hanya ingin sekadar mencukupkan keperluan harian, sebelum menuju ke dunia kekal abadi. Jadi, kalau kita dah happy dengan gaji RM 3,000 sebulan, its ok. Lagi elok dari terus pening kepala nak hit KPI kan?
Alhamdulillah
Sumber : Tuan Nizam (Twitter)
Baca lagi : Tutorial Cara Memilih Saham Untuk Trading