Bismillahirrahmanirrahiim
Berdasarkan kepada bacaan aku, market sekarang dalam keadaan berhati-hati. Ramai pelabur yang telah menggunakan kaedah wait and see buat sementara waktu. Pelabur-pelabur global sedang memerhati dahulu keadaan pasaran semasa kerana ada dua impak besar yang bakal berlaku iaitu faktor politik dan interest rate fed.
Politik di dalam US dikatakan agak sukar untuk dijangka. Ini kerana Biden dah menarik diri untuk bertanding dan penggantinya Kemala dilihat sebagai satu figure yang lemah. Ditambah pula dengan keadaan interest rate fed yang mana rata2 ingin kadar ini dikekalkan untuk memberikan kestabilan kepada pasaran.
Apa-apa pun, bagi yang dah ada position dalam pasaran, tenang sahaja dan ikut sahaja trading plan. Ingat, news juga boleh menjadi noise kapada pasaran. Jadikan ruang antara entry dan SL itu sebagai tempat untuk market bernafas sebelum mengikut arah trend sebenar.