Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini aku ada nampak satu peluang untuk kita swing dalam kaunter global. Nama kaunter tersebut MDT (Medtronic PLC). Aku lihat dari sudut sentiment, ramai analyst yang memberikan rating untuk Strong Buy, Buy dan Hold untuk kaunter ini walaupun harga saham ni drop. Bila dibuat penilaian PE Ratio, kaunter MDT berada dalam PE sekitar 14 manakala PE Industri adalah 22. Ia menunjukkan bahawa saham ini adalah saham diskaun.
Tambahan, pada quarter sebelum ini menunjukkan MDT berjaya membuat keuntungan yang lebih tinggi namun harga tetap jatuh. Ini mungkin disebabkan oleh faktor supply and demand yang random dalam pasaran.
Berbalik kepada faktor analisa teknikal. Aku lihat secara jelas bahawa pembentukan inverted HnS telah berlaku di timeframe Weekly. DItambah dengan kehadiran divergence yang menyokong kepada pembentukan HnS tersebut.l Malah jika dilihat ada satu momentum terkini yang berjaya retest Upper Bollinger Band dalam TF W1 kemudian price retrace menghampiri lower BB di tmeframe W1.
Pada timeframe Daily pula, aku lihat harga dah berjaya hit lower BB dan ada pembentukan Divergence. Ditambah point kedua divergence telah berlaku pada level 61 retracement Fibo. Kemudian price berjaya rebound dan break triangle dan mula retrace kembali. Kemudian, aku lihat pula pada MACD, historgram memang dah banyak yang hijau dan volume pun kebanyakan break Avg 20 days.
Jadi, aku amik keputusan untuk buy pada 80.32, TP 94.89 dan SL 75.46. Inshaa ALLAH, jika ada rezeki fly lah saham ini.
