Bismillahirrahmanirrahiim
Aku nampak macam ada peluang untuk kaunter THPLANT. Jom kita tengok secara amnya untuk kaunter ini dari segi price dan juga value. Inshaa ALLAH, jika ada rezeki, THPLANT ni boleh terbang tinggi. Macam biasa kita akan lihat dari segi teknikal kemudian beralih pula kepada segi fundamental syarika.
Analisis Teknikal
Kita akan tengok weekly dahulu. Secara kasar aku nampak weekly dia cantik. Ada dominant wave yang dah break Upper BB, kemudian pullback dekat area antara lower BB dan juga Mid BB. Tambah lagi kalau align dengan SnR sebelum ini, nampak macam ada RBS yang cun.
Kemudian, kita zoom ini dalam Daily pula. Daily menunjukkan adanya satu triangle yang dah break. Ditambah dengan kewujudan Bullish Divergence, ia menguatkan lagi struktur triangle tersebut. Kita juga dapati adanya signal untuk entry sebelum ini iaitu pembentukan 3 candle reversal dan juga pembentukan histogram berwarna hijau. Pembentukan signal ini juga disokong oleh volume yang signifikan.
Analisis Fundamental
Sapa je tak kenal tabunghaji kan? Antara yang menarik minat aku adalah Q terkini TH buat untung lebih tinggi dari Q sebelum ini. Malah keuntungan Q semasa juga berada diatas keuntungan purata untuk 5 Quarter sebelum ini iaitu 6.6%
Ditambah dengan perkembangan terkini yang mana syarikat ini ingin membangunkan satu janakuasa biogas bersama UEM yang mampu memberikan pulangan yang stabil kerana kuasa elektrik adalah satu keperluan masa kini.
Potensi Keuntungan
Aku gunakan ukuran wave sebelum ini untuk expect berapa jauh boleh pergi. Untuk SL pula aku gunakan ATR semasa low dan tolak sekali dengan harga low untuk dapatkan buffer zone. Menurut kiraan aku price target aku sekitar RM 1.06 menjadikan RR aku adalah R4.