Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini aku nampak ada peluang dalam kaunter ini. Berikut adalah pandangan aku. Pertama, aku lihat dalam TF weekly menunjukkan kaunter dalam keadaan uptrend, iaitu break upper BB, signal line diatas Zero line dan tak break bawah lower BB. Malah aku nampak macam harga tengah retest nearest support Weekly.
Dalam TF D1 pula aku lihat harga dah pun buat regular bullish engulfing. Ini menguatkan lagi mungkin harga boleh naik dengan lebih tinggi selepas ini. Signal entry iaitu histogram hijau juga sudah muncul. Ditambah lagi dengan volume bullish yang break avg meningkatkan lagi kekuatan signal tersebut. Ditambah kejatuhan yang signifikan gagal meneruskan kejatuhan dan nampak price rebound.
Untuk TP dan SL macam biasa, TP R3 dan SL pula adalah low ditambah dengan ATR semasa swing low. Inshaa ALLAH semoga ada rezeki untuk kita semua. Amiin