Analisis Kaunter AFRM Global Patuh Syariah

Bismillahirrahmanirrahiim

Sekilas pandang aku lihat kaunter AFRM ni ada peluang untuk entry. Setelah meneliti semua aspek teknikal analisis, jadi aku membuat keputusan untuk trigger trade untuk kaunter AFRM ni. Jom tengok apa ulasan yang diberikan.

Aku lihat trend untuk kaunter ini masih lagi dalam keadaan uptrend. Mudah sahaja, price Weekly break Upper Bollinger Band, gagal untuk break lower Bollinger Band dan MACD Line berada diatas center line. Ketiga2 faktor ini sudah cukup untuk aku membuat kesimpulan bahawa trend dalam keadaan uptrend. Selain itu aku lihat price pun berjaya untuk break resistance terdekat dan sedang membentuk flag pattern, iaitu continuity untuk harga naik lebih tinggi.

Kemudian meh kita tengok setup dekat timeframe D1 pulak. Aku lihat adanya pembentukan bullis divergence yang menandakan harga akan naik lebih tinggi. Dalam masa yang sama aku juga comparekan volume antara dua low yang membentuk divergence tersebut. Aku lihat poin 1 mempunyai volume bearish yang kuat tapi poin 2 mempunyai volume bearish yang rendah. Jadi aku simpulkan bahawa momentuk bearish dah berkurangan dan lower low yang tercipta lebih kepada fakeout.

Tambahan untuk signal pula aku lihat signal hijau histogram dah pun muncul . Ini memberikan tanda bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk aku entry. Namun kita lihat harga dah retrace dan berharap retracement tersebut adalah bersifat sementara.

Untuk TP aku gunakan momentum wave sebelum ini dalam D1 dan gunakan ia sebagai ukuran untuk wave seterusnya. Amnya TP aku tetap letakkan R3 dan max adalah berdasarakn momentum sebelum ini. Untuk SL pula seperti biasa Swing Low sebelum ini aku tambahkan sekali ATR swing low tersebut lebih kurang USD 2. Aku tolak sahaja dari harga swing low dengan USD 2 untuk dapatkan SL.

Semoga ALLAH Taala bantu kita mencari rezeki yang halal. Inshaa ALLAH.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →