Analisa Kaunter M&A Non Syariah

Bismillahirrahmanirahiim

Amaran, kaunter ini adalah kaunter non syariah. Jangan trade. Hanya untuk sesi pembelajaran sahaja. Berdasarkan kepada amatan teknikal, kaunter ini nampak gaya macam nak terbang. Kalau tengok pada TF W1, nampak uptrend yang kuat. Price break upper BB, reject lower BB dan signal line diatas center line. Sekarang pun nampak macam harga tengah buat rectangle yang menunjukkan price rest sekejap sebelum nak terbang. Satu lagi bila lihat ada satu candle bearish gangster kat Lvl 3 dan harga dah berjaya break washline candle ganster ni.

Trend dah dapat, sekarang kita tengok dekat D1 pulak. Dekat D1 kita nampak pembentukan regular bullish divergence. Harga buat lower low tapi indicator buat lower high. Tambah lagi kita nampak perbezaan volume bearish momentum antara dua poin ni berbeza. Momentum poin sebelum ni kuat tetapi momentum bearish terkini tak boleh nak lawan momentum sebelum. Ini menunjukkan bearish dah semakin melemah. Tambah lagi kemunculan bar histogram hijau menunjukkan signal untuk beli.

Untuk TP, aku gunakan momentum wave uptrend sebelum ini. Kita andaikan ia boleh pergi sejauh seperti momentum sebelum ini. Tapi andaikan tak mampu. kita cuma akan lakukan preexit yang mana jika harga break low BB di D1, terus akan cut out. Untuk SL pula macam biasa low terkini tolak dengan nilai ATR pada low tersebut.

Semoga dapat belajar sesuatu. Inshaa ALLAH

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →