Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ni aku tertarik dengan satu kaunter iaitu WCN. Jangan risau kaunter ini patuh syariah. Jom kita tengok kaunter ini apa yang menarik. First biasalah zoom out pada timeframe Weekly. Apa yang aku boleh ulas, harga dah berjaya break signifikan resistance. Jadi, untuk dia naik lebih tinggi tu peratusannya agak menarik. Kemudian aku tengok macam harga nak rehat sekejap sebelum nak buat kenaikan. Rehat ni bukan yang jenis flat atau sideway, ni ibarat nak buat symmetrical triangle sahaja.
Kemudian, jom kita zoom in dalam tf daily pulak untuk tengok setup apa yang ada. Kelihatan seolah2 harga macam nak buat triangle tapi tak tajam. Walaupun harga belum hit sampai apex maksimum, tapi harga dah berjaya break pattern tersebut. Disokong adanya pembentukan bullish divergence beserta Histo hijau dari MACD, ia menguatkan lagi harga ini untuk menaik dalam masa akan datang. Jika kita banding kan kekuatan volume antara poin satu dan poin dua, kita dapat lihat volume bearish semakin slow.
Untuk TP macam biasa kita akan amik momentum wave sebelum ni dan expect untuk harga bergerak sama dengan wave sebelum ini. Apa2 pun kita akan try untuk hit R3 dan manual exit bila harga berjaya close bawah Lower BB. Untuk SL kita akan gunakan ATR dan tolakkan sahaja daripada swing low untuk dapatkan harga SL
Inshaa ALLAH