Analisa Kaunter AME Elite Consortium

Bismillahirrahmanirrahiim

Pagi ni aku nampak sedikit setup di dalam kaunter AME Elite Consortium. Macam biasa aku akan terangkan satu persatu key factor yang ada dalam trading. Bermula dengan trend, kita tengok pada TF Weekly, harga dalam keadaan menaik, break Upper Band, signal line atas centerline dan tak break lower BB. Dalam masa yang sama terjadi pembentukan symmetrical triangle dan harga dah berada di hujung apex.

Kemudian kita zoom in terus kepada daily, aku nampak ada bullish divergence yang menandakan kenaikan akan berlaku. Tambahan, dah keluar histogram menandakan signal pembelian dah pun wujud. Malah dia dah break apex symmetrial triangle. Bila kita tengok volume pula adanya significant volume yang menyokong momentum bulllish tersebut.

Untuk TP pula, aku gunakan TF daily untuk membuat ukuran momentum sebelum ini. Bila ditarik, hasilnya boleh dapat sekitar R3-R4 keatas. SL pula aku gunakan ATR pada swing low dan menunjukkan ATR ketika itu adalah sebanyak 5 sen. Jadi aku tolak dari harga swing low dan ambil sekitar RM 1.60 sebagai harga SL

Inshaa ALLAH, semoga ALLAH merahmati usaha kita mencari rezeki halal

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →