Bismillahirrahmanirrahiim
Kaunter DHI ni kaunter global dan patuh syariah berdasarkan filter dari GoTrade. Lepas riki, aku tengok kaunter ni boleh pergi jauh. Jom kita intai dulu weekly kaunter ni macamane.
Secara amnya, aku tengok weekly masih lagi uptred. Signal line atas centerline, harga break Upper BB dan juga tiada tanda harga break dibawah Lower BB. Sebabkan dia uptrend, terus aku boleh ukur untuk cari next TP. Lepas kita tarik untuk lihat pergerakan dominan sebelum ni, kenaikan yang dilakuakn adalah sebanyak 65.93%. Jadi target TP Max aku adalah sama dengan momentum sebelum ini dan minima adalah R3. Plus kalau dilihat harga macam tengah rest sekejap dan sedang bergerak dalam keadaan flat.
Sekarang kita lihat dekat daily. Nampak tak adanya pembentukan descending triangle. Kemudian diikuti dengan bullish divergene. Ditambah lagi signal MACD momentum dah muncul. Follow lak dengan adanya volume yang break average volume. Tambah kari lagi, cuba tengok latest volume bearish yang break volume avg, candle yang close dalam bentuk bullish. itulah volume divergence yang sedang berlaku.
Jadi, bagi aku untuk entri ni dah kira cantik dah ni. Jom tengok camne nak set SL pula. Kita akan gunakan bacaan ATR untuk harga swing paling rendah sekali, kemudian terus tolak dari harga swing low untuk dapat SL. Cara ni kita guna untuk mengurangkan risiko spike. Reading ATR adalah 3.7, jadi lepas tolak harga jadi pada USD 135 per unit. Bila kira2 semua nah RR masih best iaitu R10
Inshaa ALLAH dengan izin Dia.