Analisis Kaunter Puncak Niaga

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 15/6/24 aku detect satu setup untuk entry untuk kaunter Puncak Niaga. Kalau menjadi, berdasarkan pattern yang aku belajar, RR dia sangat menarik boleh hit sehingga R12. Contohnya, dengan menggunakan RM 200 sebagai risiko, pulangan boleh jadi sampai RM 2400. Satu peluang yang baik.

Cuba perhatikan pada timeframe weekly, ternampak satu kejadian symmetrical triangle yang lawa. Harga pun dah berada dihujung apex pada pembentukan symmetrical triangle. Ini kalau meletup confirm ke bulan. Lagi satu untuk Pole dia pun dah cukup lawa. Serba serbi menunjukkan bahawa price dalam keadaan uptrend. Ditambah dengan harga yang dah break Upper Bollinger band dan signal line masih berada diatas Centerline MACD.

Sekarang kita zoom in dalam D1 pulak untuk mencari setup. Aku nampak adanya pembentukan bullish divergence. Ditambah adanya histogram hijau yang muncul dan ready untuk buat kenaikan yang tinggi. Inshaa ALLAH dengan izin ALLAH Taala, boleh pergi jauh kaunter ini.

Ini pula chart menunjukkan chart construction FBM. Perghh meroket mat. Leader2 dah fly jauh, sekarang, tinggal laggard2 ja nak dapat tempias darinya. Puncak Niaga adalah salah satu kaunter yang berada di dalam sektor construction.

Inshaa ALLAH, jika diizinkannya, ada rezeki kita semua. Amiiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →