Bismillahirrahmanirrahiim
Broker adalah entiti yang tidak asing lagi dalam pelaburan saham. Merekalah yang menghubungkan anda dengan Bursa Malaysia supaya anda boleh membeli atau jual saham yang diingini. Namun, pernahkah anda terfikir Macam Mana Broker Saham Malaysia Jana Pendapatan. Pasti akan ada charges yang dikenakan supaya mereka boleh terus beroperasi. Hari ini saya akan bongkarkan bagaimana mereka boleh menjana keuntungan bagi setiap entri yang kita laksanakan.
Macam Mana Broker Saham Malaysia Jana Pendapatan
Pertama : Brokeraga Fee. Rasanya semua dah sedar tentang caj ini. Ada yang caj 0.08% setiap transaksi atau 0.45% per transaksi. Biasanya minimum yang dikenakan adalah RM 8- RM 12 per transaksi. Ini adalah sumber utama pendapatan mereka. Lagi banyak anda jual atau beli, maka makin banyak lah keuntungan yang mereka dapat. Kini banyak broker diskaun seperti MIDF Invest atau Rakuten Trade yang menurunkan caj fee mereka untuk menarik lebih ramai pedagang runcit.
Kedua : Cara kedua Macam Mana Broker Saham Malaysia Jana Pendapatan adalah melalui Clearing Fee dan Stamp Duty. Benda ini ia tidak berikan impak langsung kepada pelabur. Broker terima sebagai komisen dari LHDN dan Bursa Malaysia sebagai komisen pengurusan. Nampak memang kecil tapi bila urusniaga dilakukan dalam amaun yang besar untuk ribuan pelanggan, amaun dia tetap mengancam.
Ketiga : Caj Akaun tahunan atau caj akaun tidak aktif. Biasanya ia dikenakan dalam setahun seperti RM 10 atau RM 20. Namun dah banyak broker yang telah buang caj ini untuk elakkan pelabur lari ke broker lain yang lebih kompetitif. Malah ada juga caj untuk akaun yang tidak aktif yang dikenakan. Caj adalah berbeza mengikut broker.
Keempat : Keuntungan dari akaun amanah. Ramai sahaja pelanggan yang park duit mereka di dalam akaun trading mereka dan menunggu peluang untuk membeli saham. Bukan hari-hari ada masa yang sesuai. Ada yang menunggu sehingga berbulan-bulan untuk mendapatkan timing yang cantik membeli saham yang diinigni. Jadi, untuk elakkan dari duit ini tidak bergerak, maka duit tersebut digerakkan di dalam pasaran wang yang mana mereka mendapat faedah dari parking duit dalam akaun dibahagi antara broker dan pelabur.
Kelima : Melalui Margin Trading atau Financing. Ini adalah antara cara Macam Mana Broker Saham Malaysia Jana Pendapatan. Biasanya caj yang diekanakan sebanyak 6-8%. Cara ini lebih kenali sebagai leverage trading yang mana kita trade lebih dari apa yang kita ada. Jadi, sekiranya ramai yang menggunakan fasiliti ini, makin banyaklah pendapatan yang diterima.
Keenam : Akses kepada Premium Function. Contohnya inginkan charting tool yang premium, market depth 20 layer, atau real time market data. Semua ini ada caj yang dikenakan namun bergantung kepada broker itu sendiri. Contohnya seperti M+ Online mengenakan caj sebanyak RM 20 untuk akses market depth 5 layer bagi setahun.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang Macam Mana Broker Saham Malaysia Jana Pendapatan. Setiap sen yang dibayar sebenarnya sangat membantu mengekalkan ekosistem pasaran yang berjalan dan menentukan bahawa setiap transaksi adalah sah. Sebagai pelabur, kita harus bijak untuk memilih broker yang sesuai dengan keperluan kita, bukan hanya berorientasikan kepada caj yang murah sahaja.

