Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang pandangan saya pada kaunter Cloudpt. Kaunter ini secara amnya saya lihat teknikal dan fundamental sangat serasi dan boleh memberikan pulangan yang sangat baik. Oleh itu, saya ingin tunjukkan kepada anda analisis kaunter Cloudpt dan mengapa ianya adalah kaunter yang baik untuk dipertimbangkan ke dalam portfolio anda.
Latar Belakang Syarikat Cloudpt
Syarikat ini adalah syarikat yang fokus kepada perniagaan yang berasaskan kepada pembangunan aplikasi digital dan juga konsultansi permasalahan IT. Kini, ia mempunyai jumlah klien yang besar dari sektor perbankan dan juga institusi-institusi kewangan yang besar di Malaysia. Tender-tender projek semasa kini bernilai RM 60 juta dengan rekod tender tertinggi adalah RM 140 juta.
Analisa Fundamental Kaunter Cloudpt

Status Kedudukan Kewangan : Syarikat ini mempunyai prestasi kewangan yang sihat dan juga kukuh yang mana ia mempunyai cashflow yang positif. Ratio Debt to Equity hanya menunjukkan sebesar 0.01% dengan jumlah sekitar RM 671,000 sahaja. Ianya tidak pelik kerana syarikat ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menampung perbelanjaan. Kedudukan tunai bersih pula sekitar RM 43 juta yang mana ia lebih dari mencukupi untuk membayar semua baki hutang yang ada.
Keuntungan dan Pertumbuhan : Syarikat ini menunjukkan pertumbuhan unjuran sekitar 30% YoY 2023 dan 2024. Keuntungan ini adalah hasil daripada permintaan yang tinggi dari sektor perbankan dan institusi kewangan serta caj-caj konsultansi yang dibayar secara berkala kepada pihak syarikat. Unjuran keuntungan pada masa akan datang adalah sekitar RM 25 juta berdasarkan kepada bacaan order book tender yang berharga RM 60 juta.
Analisa Teknikal

Kaunter ini sedang mengalami retracement downtrend pada timeframe Weekly dan bila-bila masa sahaja ia boleh rebound dan meneruskan arah pergerakan uptrend sebelum ini. Kita juga dapat lihat adanya CRS Pinbar yang berlaku pada lower Bollinger Band yang mungkin memberi maksud bahawa permulaan uptrend bakal berlaku.
Pada timeframe D1. anda akan dapat lihat pembentukan Quasimodo yang mana harga pernah break LH dan retrace ke LL 1. Ia adalah kawasan yang baik untuk kita lakukan entri. Anda boleh sahaja melakukan entri pada ketika ini tanpa menunggu apa-apa signal kerana ia sudah melengkapkan 5 wave yang ada didalam pembentukan Quasimodo.
Untuk sasaran SL TP, saya cadangkan untuk set pada 0.575 untuk SL dan TP selamat pula pada Swing High RM 1.01. Namun jika anda percaya saham ini boleh pergi jauh, anda boleh hold sehingga ada candle yang berjaya break lower bollinger band di TF D1.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan analisa kaunter CloudPT. Diharap analisa ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran untuk anda memasukkan kaunter ini sebagai salah satu portfolio anda. Jika saya ada modal yang lebih, memang saya akan beli kaunter ini atas sebab fundamental dan teknikal yang baik. Sekian terima kasih.
Alhamdulillah
Baca lagi : Apa Perlu Anda Buat Jika Sentiment Negatif Melampau

