Aku Pedagang Jawa

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Alhamdulillah, selepas website forexzero ditutup secara rasmi, aku bangunkan blog ini. Aku berikan nafas baru dan blog ini lebih kepada perjalanan aku dalam berdagang. Aku berdagang kerana Rasulullah SAW berdagang. Simple. Aku ingin menuruti sunnahnya. Aku ingin menjejak langkahnya.

Rugi ke untung ke, belakang kira. Yang penting, sunnahnya disitu. Hanya Rasulullah SAW yang boleh membawa aku berjumpa ALLAH. Kerinduan aku kepada Tuhan aku. Supaya aku boleh berbual dengan Tuhan aku dan bercerita apa yang aku lalui, walaupun pada hakikatnya ALLAH sudah pun mengetahui.

Di dalam blog ini, aku akan memaparkan berbagai-bagai juzuk pelaburan yang sedang aku lakukan. Pertama adalah Forex Trading, yang mana pendekatan yang aku gunakan adalah Buy Low Sell High. Dengan perbezaan harga jual dan beli aku meraih untung. Dan for sure, aku memilih islamic account which is no swap. Forex ini berisiko tinggi, maka aku akan berhati hati dalam melakukan analisa dan sebagainya.

Keduanya, aku juga akan bercerita berkenaan dengan pelaburan ASB, SSP dan LTAT, dalam erti kata lain iaitu unit trust. Since unit trust ini memberi kan pulangan yang lebih tinggi daripada menyimpan di dalam bank, aku memilih untuk melabur ke dalam unit trust. Keuntungan yang diperolehi aku gunakan untuk belanja belanja one off seperti insurans kereta, beli barang pakai anak aku dan sebagainya. Aku menggunakan konsep Dollar Cost Averaging. Ia bermaksud aku akan konsisten dalam satu amaun untuk menyimpan setiap bulan.

Ketiga aku juga bercerita mengenai simpanan emas fizikal. Kerana menyimpan emas itu sunnah. Rasulullah SAW menggunakan emas dan aku juga perlu ke arah itu. Dengan sedikit amaun yang kecil aku boleh membeli emas bermula dengan 1 gram. Aku juga menggunakan konsep Dollar Cost Averaging. Simpanan emas ini lebih kepada kalis inflasi, dan bukan kepada tujuan mengaut untung. Matlamat aku menyimpan emas adalah sunnah. Aku akan simpan emas sehingga cukup untuk dicairkan pada aset tanah atau hartanah.

Akhir kata aku berdagang bukan kerana untung. Aku berdagang kerana Rasulullah SAW itu berdagang. Dan berdagang itu sunnah. Aku ingin meniti sunnahnya. Supaya rasulku membawa aku pada ALLAH kelak dengan keadaan yang gembira. Amiiin.

Allahu Mustaan. Aku ini pendosa. Beri aku harapan untuk merasa bahagia disamping Mu ya ALLAH.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *