Sunnah Dalam Perniagaan Mengikut Anjuran Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya, aku berasa bangga jika aku dapat mengamalkan sunnah dalam perniagaan yang aku ceburi. Aku ingin mencontohi Nabi SAW. Kerana dia manusia agung yang diajar terus oleh ALLAH. Pasti setiap sunnah perniagaannya memberi berkah kepada umat manusia. Dan kitalah akan merasai hikmahnya beramal dengan ajaran dan sunnah perniagaan Nabi SAW.

Jadi, apa yang Rasulullah SAW buat didalam perniagaannya, yang seterusnya menjadi sunnah yang membawa kepada pahala? Mengikut bacaan aku di dalam internet, terdapat beberapa garis panduan sunnah nabi dalam perniagaan apa sekalipun asalkan halal. Mungkin aku boleh jumpa lebih banyak lagi, tapi setakat ini, list dibawah ini boleh dijadikan sebagai rujukan awal.

Rasulullah SAW Tidak Berdebat

Dalam erti kata lain, dalam perniagaan, rasulullah SAW orang yang jujur. Rasulullah SAW membuat kiraan yang tepat pada setiap timbangan jualannya. Rasulullah SAW juga tidak menyakitkan hati peniaga peniaga yang lain. Aku tengok zaman sekarang penuh dengan cantas mencantas. Dengki mendengki dan sihir menyihir. Adakah mereka tidak percaya bahawa sesungguhnya ALLAH yang memberi rezeki, bukan hasil titik peluh mereka?

Rasulullah SAW Memberitahu Harga Pokok

Dizaman kapitalis ni, aku lihat cukup susah orang nak bagitau berapa ringgit kos modal seunit barang. Mungkin mereka tidak mahu orang tahu atau peniaga lain menyailang berapa banyak untung yang bakal diperolehi. Uniknya sunnah perniagaan baginda ini, baginda memberitahu dulu harga pokok, kemudian diberikan pula harga jualan. Sebagai contoh, harga sepinggan nasi sebanyak RM 3 modal dan dijual sebanyak RM 5. Rasulullah SAW juga hanya menjual sesuatu pada harga modal kepada mereka yang miskin dan benar-benar memerlukan.

Rasulullah SAW Sentiasa Senyum

Senyum itu satu sedekah, dan Rasulullah SAW menganjurkan senyum sebagai sunnah baginda dalam perniagaan. Bila kita senyum, pelanggan pun selesa dengan kita dan mudah untuk berinteraksi. Sapa yang tak suka bila dilayan elok-elok betul tak? Mungkin harga barang kita tak boleh nak menyaingi harga peniaga lain, namun dengan senyuman dan layanan yang baik membuatkan customer akan melekat pada kita. Jika dijual secara online, mungkin dengan penggunaan emoji senyum akan memberi kesan yang besar kepada customer online kita.

Rasulullah SAW Itu Jujur

Dalam berniaga Rasulullah SAW jujur. Jika ada rosak barang tu, kena beritahu. Contoh, saya jual kat abang kereta ni, saya da servis da sebelum jual tapi tingkap tu ada rosak sikit. Kita kena beritahu apa kecacatan sedia ada produk kita dan willing untuk refund sekiranya kecacatan tu memang diluar dari kawalan kita untuk periksa. Sebagai contoh macam jual buah, peniaga tak boleh nak tau semua buah dia manis, takde yang masam.

Rasulullah SAW melarang Bersumpah dalam Jual Beli

Ada sebahagian peniaga yang menggunakan teknik bersumpah untuk melariskan barang jualan. Bagi aku, benda yang Rasulullah SAW tegah, maknanya tak elok lah. Contoh dia camni, abang meh beli kain ni bang, saya baru je amik dari Taiwan dengan tangan saya ni haa. Sumpah bang tak tipu. Walau apa pun sama ada dia bercakap benar atau bohong, Rasulullah SAW tetap melarang bersumpah dalam jual beli. Jadi, aku takkan bersumpah untuk melariskan jualan.

Rasulullah SAW berniaga dengan Lemah Lembut

Dalam perniagaan biasalah ada persaingan, ada cabaran. Sebagai contoh persaingan antara peniaga lain, gunakanlah pendekatan berlembut dengan peniaga peniaga lain jika ada ketidakpuas hatian yang timbul. Sama juga jika dengan pemborong. Jika ada benda yang tak puas hati, suarakan lah dengan penuh Lemah Lembut dan berhikmah. Sesungguhnya aku percaya, terlalu banyak kebaikan bagi mereka yang berlembut seperti Rasulullah SAW.

Berniaga Bukan Kerana Harta Semata-Mata

Jika aku nak berniaga, aku tak nak berniaga untuk dunia semata-mata. Maksudnya begini, jika kita ada kedai runcit, ada orang yang datang ingin membeli tu orang yang susah, jika kita tak dapat sedekahkan, kita boleh jual dengan harga modal. Inshaa ALLAH, aku percaya, ALLAH tahu niat kita semua, dan aku berazam untuk praktis ke arah itu.

Fasih dalam Bertutur Kata

Ketika berniaga, Rasulullah SAW seorang yang fasih berkata-kata. Aku berfikir, dengan berfasih kata-kata, ia menunjukkan bahawa Rasulullah SAW kenal sangat dengan barang dagangannya dan aku percaya Rasulullah SAW tahu apa cacat cela barang dagangannya atau kebaikan barang dagangannya. Ia satu contoh yang baik untuk usahawan tahu berkenaan keadaan produknya. Bila aku tau pasal keadaan produk, maka aku boleh berkata-kata dengan yakin dan fasih, membuatkan orang mudah untuk memahami berkenaan dengan apa yang aku jual.

Tiada Garis Had Untuk Harga Jualan

Rasulullah SAW tidak menceritakan berkaitan dengan garis had jualan, mengikut sebuah cerita, apabila terdapat sahabat yang bercerita bahawa seseorang peniaga menjual kambing dengan keuntungan 100% maka Rasulullah SAW mendoakan keberkahan peniaga itu sahaja.

Ya ALLAH, bantulah aku untuk mengamalkan Sunnah Rasulku, kerana dialah yang boleh membawa aku bertemu-Mu.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →