Bismillahirrahmanirrahiim
Tren adalah salah satu komponen yang penting dalam teknikal analisis. Malah, jika anda tidak mahir untuk timing entry, jika anda dapat membaca arah tren kelak floating anda dari negatif bakal bertukar menjadi positif. Artikel kali ini akan bantu anda cara mencari tren saham dengan mudah dan santai tanpa perlu pening-pening kepala.
Apa itu Tren Dalam Carta
Tren adalah arah secara keseluruhan. Di dalam carta, terdapat tiga jenis tren yang perlu diketahui iaitu uptrend, downtrend dan juga sideway. Bagi trader saham, mereka hanya fokus sama ada pada uptrend ataupun sideway kerana dalam saham majoriti position yang digunakan adalah buy untuk entri. Saham bukan seperti pasaran derivatif yang ada buy dan sell untuk lakukan profit.
Dengan mengetahui apakah tren anda, maka anda boleh fokus untuk buy atau sell jika anda sudah ada position. Ingat, trend is your friend. Kalimat ini mungkin nampak sederhana, tetapi ia sangat membantu anda untuk kekal lama dalam bidang ini.
Cara Mencari Tren Saham
Terdapat banyak cara untuk anda mencari tren saham. Anda boleh gunakan tool lukisan ataupun indikator. Berikut adalah antara senarai tool lukisan dan juga indikator untuk mengesan pergerakan saham.
- Lukisan : Trendline, Equidistance Channel, Fork, Channel
- Indicator : Bollinger Band, Moving Average
Bagi trader yang menggunakan tool lukisan, mereka perlu mencari Higher High dan juga Lower low untuk melakukan penyambungan. Minima point yang perlu dicari adalah sebanyak 2 titik. Lebih banyak lebih baik namun secara praktikal biasanya maksimum 3 titik sahaja. Selepas mendapat poin tersebut, mereka akan menandakan menggunakan tool lukisan. Penggunaan tool lukisan juga dipanggil sebagai leading indikator kerana garisan yang dibuat melangkaui harga semasa.
Ada juga trader yang menggunakan indikator untuk menentukan arah trend. Untuk mereka yang menggunakan Bollinger Band, apabila harga berada diatas Mid Line dan mencecah Upper BB, ia menunjukkan harga dalam keadaan uptrend. Bagi peminat Moving Average, mungkin anda sudah terbiasa dengan kaedah MA Crossover. Apabila dua MA dari dua setting yang berbeza bersilang, ia menunjukkan arah trend. Uptrend dipanggil sebagai Golden Cross Over manakala downtrend dipanggil Death Cross Over.
Kesalahan Umum Cara Mencari Tren Saham
Mencari trend saham nampak mudah namun ramai yang tersilap langkah. Bagi mengurangkan kadar kesilapan tersebut, berikut antara tip yang boleh diikuti.
Jangan menggunakan indikator yang terlampau banyak. Ia hanya akan memeningkan kepala anda sahaja. Satu indikator beritahu uptrend, satu lagi beritahu downtrend. Ia akan membuatkan anda ragu dan sangsi untuk lakukan entri.
Jangan abaikan timeframe besar. Anda mungkin nampak di timeframe semasa seperti sedang uptrend, namun pada timeframe besar, ia hanyalah berbentuk retracement sahaja. Anda boleh gunakan format seperti H4 sebagai entri manakala D1 sebagai petunjuk uptrend.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak terlalu ghairah mencari reversal point. Berkemunginan reversal trend bukanlah reversal tetapi retracement sahaja. Cuba tangkap pada wave kedua berbanding untuk masuk entri pada wave pertama. Cara ini lebih selamat kerana anda sudah confirm harga sudah uptrend dengan pemecahan resistance dan pembentukan Higher Low.
Kesimpulan
Saya sudah menerangkan serba ringkas tentang cara mencari tren saham. Ianya adalah aspek terpenting jika anda ingin menguasai ilmu analisa carta saham. Diharap artikel ini dapat memberi nilai tambah kepada skill trading anda. Terima kasih.

