Analisis Kaunter NGGB

Bismillahirrahmanirrahim

Next Green Global Berhad (NGGB) merupakan sebuah syarikat yang fokus kepada perniagaan penerbitan dan percetakan buku dan majalah. Syarikat ini berpusat di Jalan Satu Bersatu Industrial Park Kuala Lumpur. Kepada yang berminat boleh lah datang melawat ibu pejabat syarikat ini.

Pandangan Teknikal Kaunter

Pada timeframe weekly, aku dapat lihat dengan jelas trend untuk harga kaunter ini dalam keadaan uptrend dan sedang dalam proses retracement. Untuk aku tentukan uptrend, aku melihat kepada faktor adakah harga berjaya break Upper Bollinger Band, adakah berjaya break swing low sebelum ini dan di level fibo mana harga start rebounce.

Amnya, NGGB di TF W1 telah rebound pada level 0.786 dengan berjaya membentuk CRS pinbar. Seterusnya, aku lihat pula pada TF D1. Untuk TF D1 aku cuba untuk mencari bullish divergence dan aku berjaya jumpa. Chart pattern juga menunjukkan descending rectangle. Untuk entri signal pula aku lihat MACD histogram hijau telah muncul. Cuma sekarang ini aku masih menunggu momentum volume untuk entri dalam kaunter ini.

Oleh itu aku akan masukkan dalam watchlish sahaja sehingga ada significant volume yang berjaya break avg volume 20 days.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →